Wednesday, May 25, 2011

RM 29.90 JER???wOoOwW!!

salam~


pernah tak korang pergi spa and buat treatment yang harga nya just RM 29.90 JER?? ok..serious murah and aku nak nangis sekarang *why this happen?* mana nak nangis..offer ni just ada kat penang je!demmm~~ but i want it so badly!!!bayang kan lah harga yang sepatutnya RM 420 and dia tetiba baik hati bagi 93 % discount! guess what? dia include...



A Complete Beauty Regime: Head, Eyes, Neck, Shoulder & Bust Massage + Eye Brow Trimming + Facial Spa + Detox Back Massage + Detox Foot Bath & Massage + Door Gift + Evening Makeup at JL De Beauty & Slimming Centre!!


*tak nampak jugak tak tahu aku! tapi ni sebenarnya lebih kurang sapa cepat dia dapat!lepas abis offer terus harga kembali balik RM 420 yang sumpah mahal gila babs hokey~!! tapi offer dia bagi sekarang damn way tooooo affordable sebab korang boleh safe until RM 390.10 wooo~!rugi giler sapa tak grab awal-awal!




every woman needs to be treated in a nice way and spa is the best therapy for you girls out there to look more younger and give back your confident babeyh!sapa yang nak try grab boleh klik kat sini dengan kadar segera!CEPATTTT <-------ok,klik!

tu je.ok bai.



Tuesday, May 24, 2011

lelaki..lelaki...kenapa lah dengan anda?

salam~


tengah syok-syok makan kuetiaw sambil usha page BAIKPUNYER..tetiba mata aku nak terjojol tengok ada satu gambar print screen yang aku sendiri tak caya!perh.muka baik gila tapi rupa nya gila sex??ha...betul~ yang paling tak boleh blah dia ni dah la UITM ( malu betul i taw T__T ) and mostly blogger yang agak femes gak ( tapi aku pun baru kenal dia.bahahaha) tu la orang kata.."don't judge a book by its cover.but judge it through its inner." aku ni bukan lah anti gila dengan laki.just certain-certain perangai laki yang buat aku..."Omjayy~~HAAAAAA ( sambil tangan di bahu, mata di atas macam shuib sepah) 


1. Lelaki poyo
sape suka lelaki poyo?bajet bagus?over terlamps??metrosexual maybe??ha...ce angkat tangan!kalau ada tu mesti yang suka jenis lelaki yang nampak cool je.tapi sebenarnya aku cukup tak suka betul dengan laki macam ni.mana taknya..bagi aku lelaki yang poyo ni jenis yang suka menunjuk-nunjuk. konon dia lah yang paling the best!paling pandai!paling kaya! paling yang tak boleh blah!


contoh:
ali:  i ada belakberry. kalau pape BBM i je k. 
piah: ohokay..ohokay.kalau pakai henpon 3310i ni agak-agak lepas tak?
ali: puih~tu henpon dah lama kot.orang sekarang pakai ipong, belakberry, ipad kotex!
piah: wahhh~lelaki gadget sungguh anda ( mata di atas.tangan di bahu)


dah tu.nak plak tunjuk kat FB gambar kereta dia yang macam..*lihat lah dunia!!kete ku yang dasat...buatan Malaysia* muke bajet bangga* der..kalau setakat kereta local tak yah la nak bangga sangat sampai buat 1 album pasal kereta je!kalau caldina ke, mazda, skyline ke, ferrari ke..bole la gua terjojol mata macam ni----->* keretamu sungguh KACAK*

2. lelaki gila sex
well..well..macam yang aku cakap masa awal-awal tadi..muka innocent gila tapi ayat serupa lelaki gila sex!memang lah aku mengaku kadang pompuan pun salah jugak.yang pergi pakai sexy mexy sampai idung lelaki berdarah buat apa.tapi yang lelaki pun tak payah lah nak desperate sangat macam .... * i need a girl to ride..ride..ooo.sob2* aku malas nak tunjuk print screen yang girl tu attach kat page dia..bio le deme ( biar lah dorang.kata orang perak) ada jugak tu...memang la tak nampak macam gila sex tapi kalau bermesej tu siap guna ayat-ayat imaginasi+fantasi.macam konon dia ada dengan kita sekarang and apa yang dia tulis kat mesej tu, kononnya tu yang dia tengah buat..got what i mean?


contoh:( dalam mesej)


mat: u tengah buat apa?
senah: i tengah korek idung!
mat: wah..best nye..i tengah kiss dahi u sekarang ni.
senah: gilo pe?i sekarang kat jb kot.u kat penang!
mat: alooo..bayang kan je la..
senah:* erkk?apa masalah ko der?*
 mesej biasa-biasa dah la.tak payah nak tunjuk ko ni memang caring, loving, pe kejadah nya!grrrrrrr~


3. Lelaki hipokrit
hipokrit?korang tau pe maksud hipokrit?meh aku cita.hipokrit ni maksudnya orang yang berpura-pura naif, baik tapi perangai sebenarnya memang macam haram J!ha...korang ingat pompuan je yang banyak macam tu?laki pun sebenarnya lagi banyak wooo~


contoh: (dalam mesej)


tipah: awak..awak buat pe tu?
ali: saya baru abis solat la wak..
tipah: ha?solat pe pukul 12 tengah hari ni??
ali: solat zohor!
tipah: .........


biasa lah kan..masa awal-awal kenal punya lah baik macam malaikat.nasihat tung tang tung tang pasal agama..tapi lama-lama kenal.rupa nya perangai..nauzubillah!bio benor ni laki ini yang aku kenal?OMJAYYY~ nak kata level kesyaitanan dia tu.tak payah cita lah..kalau di maki-maki tu masih boleh di terima lagi.tapi kalau tahap dah di sepak terajang tu memang kirim salam arwah je la..kalau masa bercinta boleh di jauhi lagi.ni kalau dah status suami isteri tak ke lagi parah?


4. lelaki pemilih
yang ni memang aku rasa nak sepuk je sorang-sorang.sakit ati woo kalau jumpa lelaki yang pemilih gila ni. bayangkan kalau muka yang tak boleh belah tapi awek nak yang tip top aje. abis orang-orang yang sememeh macam kita ni mana nak letak pakcik??sedih tau. ada pulak tu yang jenis nak gadis-gadis yang sopan santun.cakap pun lembut je sampai orang yang dengar pun pikir.." dia ni cakap dalam kelambu ke pe?" memang la girl macam ni memang nampak bagus nya sebab bukan senang sekarang dapat girl yang ala- ala pompuan melayu terakhir ni.tapi sorry to say..girl yang lembut luaran nya tak semestinya dalaman dia pun lembut!kadang depan kita je baik tapi kat belakang.we also don't know rite?so, terima lah yang seada nya je pakcik.kalau ada yang tak berkenan tu cuba ubah supaya jadi lebih baik!bukan di buang macam tu je.kan?kan?


5. lelaki yang statik
lelaki yang statik ni maksud aku bukan dia ni tak reti nak bergerak.berdiri macam patung je.no-no-no my dear.tapi maksud aku laki yang tak nak berubah untuk jadi yang lebih baik.contoh dari segi taraf hidup ke, pendidikan ke, gaya hidup ke..what ever la.yang apa pun semua tak boleh!tak boleh!macam dia stuck kat dalam dunia dia je..tak boleh gerak mana-mana.kalau dia ubah sikit.dia dosa!ha..lebih kurang macam tu la..penat woo kalau ada suami or bf macam ni.senang serita degil and tak nak terima pendapat orang langsung!memang rasa macam nak hentak batu je kat kepala dia.stress~ 

so, itu sahaja ye murid-murid pelajaran kita hari ini.besok lusa sambung gosip lagi.huauahuah...to guys..please..memang la kitorang girls ni boleh terima apa lelaki seadanya tapi kalau ada lelaki yang macam kat atas ni..don't think so..


tu je.ok bai

berjimbaan di cameron highland

salam~

atlast dapat jugak gambar-gambar masa pergi cameron highland!puihh~ lama betul nak tunggu dari owner "camera mahal" aka cik nesya ni!hahaha..but overall weekend aku last week memang blast habis~!thank you guys for cheering me :) walaupun tak mampu nak pergi Cameroon..kire ok la tu pergi Cameron je dari nan hado langsung!kitorang siap dapat tengok wayang free lagi masa otw balik Ipoh T____T kalau nak cita tue memang susah la tapi ending nya memalukan aku jugak =.=' napa malu??sebab boleh pulak "ter"gosip depan "pelakon" dalam wayang tu.nampak sangat tuhan tak bagi mengumpat belakang-belakang.ahahaha. malas nak cakap lagi.just enjoy the picture :)


 meet my new friends. nody and "bila lihat" aka wen..cy!!bahaha



the desserts so nyummylicious~~


 konon sexyback!


 i love the umbrella~~~!!!!


 jambu epal yang super best!


 budak ni suka merungut tapi sayang dia!( tapi rasa nak tembak pun ada)


 kami ikon patung versi manusia.


 credit: thankx to my BIG MAC!!!


 with my BIG MAC!!


 middle finger??waterpark ( mensarut sopan) babe?


she called me weirdo but her mum called me trendy..doh!bahahah


nesya::wency::nody::me

ps: banyak sangat picture.ni je yang mampu nak share.


ok.bai.

Saturday, May 21, 2011

tragedi tanah runtuh di rumah anak yatim al-taqwa


HULU LANGAT 21 Mei – Seramai 13 penghuni Rumah Anak- anak Yatim dan Anak-anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa, Felcra Semungkis, Batu 14, di sini, maut akibat tertimbus setelah tebing sebuah bukit berdekatan runtuh dan menghempap khemah yang mereka duduki.
Sehingga pukul 1.30 pagi, operasi mencari dan menyelamat mangsa-mangsa masih diteruskan dan terdapat tiga lagi penghuni dipercayai tertimbus.


Seorang mangsa tertimbus, Abang Iwan, 33, berjaya diselamatkan pada pukul 10.20 malam.
Mangsa yang maut dikenali sebagai Azrel, Nael, Eqim, Zaim, Rahimi, Angah, Boboy, Zaid, Abang Farid, Shahrul, Lokman dan Hasril berusia empat tahun hingga 30-an.Mereka terdiri daripada 12 kanak-kanak dan seorang dewasa.


Ketika kejadian pada pukul 2.30 petang mereka bersama yang lain berada di dalam khemah tersebut untuk berlatih nasyid bagi meraikan kedatangan rombongan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) pukul 5 petang.
Khemah itu dipasang untuk majlis tersebut yang terletak bersebelahan tebing.


Operasi mencari dan menyelamat mangsa yang dilakukan dengan membuat dua terowong turut mengalami kesukaran berikutan hujan lebat petang ini dan menyebabkan berlaku pergerakan tanah.


Seramai sembilan mangsa termasuk dua dewasa dibawa keluar dengan selamat. Kesemua mereka dihantar ke Hospital Ampang dan Hospital Serdang untuk rawatan lanjut.


Mangsa yang terselamat pula dikenali sebagai Khairul, Hairis, Harris, Aizat, Alaudin, Shafiz, Akmal dan pekerja rumah berkenaan, Abang Din.


Dua mayat dibawa keluar pukul 4.25 petang diikuti mangsa-mangsa seterusnya kira-kira dua jam hingga tiga jam kemudian dan dibawa ke Hospital Kajang.


Rumah itu menempatkan seramai 49 orang yang terdiri daripada kanak-kanak yatim dan lima penjaga.
Seramai 500 anggota pasukan penyelamat terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat iaitu anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampang, Bangi, Kajang, Selayang, Serdang, Cheras dan Pandan, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela).


Mereka turut dibantu Unit Anjing Pengesan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan sebuah jentolak milik swasta.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, runtuhan tanah itu merupakan yang terburuk pernah berlaku dalam sejarah di kawasan tersebut.


Beliau berkata, pihaknya dan agensi penyelamat lain mengalami kesukaran mencari mangsa yang tertimbus kerana struktur tanah yang lembut serta bergerak.


Menurut Khalid, pasukan penyelamat terpaksa membuat dua terowong untuk mencari dan menyelamat mangsa yang tertimbus.


“Ekoran keadaan hujan, kemungkinan terdapat runtuhan yang akan berlaku di kawasan ini. Saya nasihatkan orang ramai agar tidak datang ke kawasan ini kerana berbahaya,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.


















ps: sama-sama lah kita berdoa agar semua mangsa yang cedera dapat di selamatkan dan semoga yang pergi mengadap ilahi di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.amin~


sumber: utusan and sufferozine

Friday, May 20, 2011

bertunang tanpa sedar?

salam~


I rasa hari ni memang ramaikan orang kat luar sana yang pernah/sedang bercouple kan? konpem yang tengah syok-syok bercinta mesti lah ada yang dah siap plan nak berkahwin, bertunang masa akan datang kan? tapi masalahnya sekarang..."tunggu lah..duit tak cukup" ..."sekarang tak ready lagi..nak enjoy dulu"...


tapi sebenarnya dalam kita tengah hangat bercinta tu sebenarnya kita boleh jadi tunangan orang tanpa kita sedar!ha??nak tertelan halkum dengar??ye la..suka ati mak bapak tiri jiran pak latip je ye nak jadi tunang orang!ha..ok.sebenarnya dalam syarak ada menyatakan bahawa status kita akan bertukar kepada tunangan orang secara automatik bila kita menyatakan persetujuan kita untuk terima lamaran pasangan kita.walaupun belum konpem kita akan kahwin dengan dia!


contoh:


mat: u~~i dah lama la minat dengan u..bak kata orang...tido malam tak lena ( sebab banyak nyamuk)..makan tak kenyang ( sebab tak cukup duit nak beli makanan) , mandi tak basah ( memang la..mandi kambeng je!) i nak kahwin dengan u boleh tak??boleh?boleh?


tipah: hehehe..u ni..ade-ade je la..kalau tak malu sila lah masuk minang!i pun dah gatal nak kahwin gak.hehehe * senyum-senyum malu*


ha..walaupun perbualan ni secara malu-malu siput tapi si mat memang ada niat nak kahwin dengan si tipah! dan si tipah pun dah bersetuju and rela hati nak bersuamikan si mat.walaupun dorang tak tahu bila akan bernikah tetapi persetujuan antara dua-dua pihak dah berlaku~~ walaupun tanpa pengetahuan ibu bapa! so..sekiranya ada lelaki lain yang cuba nak potong line a.k.a nak masuk minang si tipah ni and dia tetiba pulak terima pinangan lelaki tersebut sebab dah penat nak tunggu mat masuk meminang.maka hukum nya..HARAM!!


tetapi menurut hukum islam pertunangan itu hanya akan berlaku sekiranya gadis itu adalah seorang yang waras, bijak, yang akhil baligh,yang pandai membawa diri.maksudnya, dia reti membezakan keputusan yang dia buat itu sama ada betul atau salah!


but!!untuk budak-budak yang belum baligh, that's mean yang setakat budak kecik yang baru masuk tadika ke..baru darjah 3 ke tapi dah pandai bercintan-cintun..tu tak di kira sebagai pertunangan yang SAH!or kot-kot ada lelaki yang tangkap syiok ngan pempuan yang bimbo ke..selenge ke..tak pun yang otak separa 3 ke..ha..yang tu kena serah kan keputusan pada wali untuk bertunang.dengan syarat...wali nya seorang yang waras la..jangan yang tiga suku gak. :)


so, pada sesape yang dekat luar sana tu..sekira nya kita sedang bercinta..berhati- hati bermain dengan kata sebab kita kena tau beza antara hukum syarak dan hukum adat yang di tetapkan. jangan suka- suka cakap setuju nak kahwin dengan si pulan tapi tup tup kahwin dengan orang lain lak..




ps: renung-renungkan dan selamat beramal ^^





tu je..ok bai.





Thursday, May 19, 2011

makna profile picture di facebook

salam~~ 


sapa sini suka tukar-tukar profile picture kat facebook?? ( saya!!saya!! ) sapa sini suka buat muka budget comel kat profile pic?? ( saya!!saya!!) sapa sini rasa dia cukup hot?? 
( tipah!!tipah!!) sapa sini suka posing sambil buat mulut itik?? ( errrkk??rajoo kot!) korang tau tak sebenarnya apa yang korang letak kat profile picture kat facebook tu ada maknanya tau!ha..betul!!tak tipu~~


:klik gambar untuk tumbesaran:

:klik gambar untuk tumbesaran:


:klik gambar untuk tumbesaran:


:klik gambar untuk tumbesaran:


:klik gambar untuk tumbesaran:


ps: lepas ni aku nak letak user picture yang tak nampak muka langsung!sekian

ok.bai.





pulau sibu!here i come~

salam~


semangat hari ni aku nak hapdet belog lepas dah dok bermesej manja dengan abang tercinta a.k.a bro muz!bahahaha.penat betul nak pujuk abang aku sorang ni nak suruh bawak aku sekali.pleaseee~ bawak la sekali budak comel ni yang giler berjalan-jalan kat pulau * buat muka comel* kali ni dorang nak bawak ke pulau sibu kot!sebelum ni asyik bawak ke pantai timur je a.k.a Pulau Redang. nak jugak merasa pergi pulau yang lain. demand lak ek?tehehehe~ aku pergi sana pun bukan nya pasal nak berjoli pun.tapi keje la...mencari nafkah dan sesuap nasi untuk anak-anak....kucingku yang masih kecil* sambil dengar gesekan biola mr.crab* tapi seronok gila wooo~ walau keja pun tapi mengalahkan orang pergi bercuti!mana taknya..penempatan dah la di sedia kan ( walaupun hanya dalam khemah je), makan 6 kali sehari ( yes..yes~~foood!!come to momma), full activities memang pasal sea sport je ( pe lagi..snorkelling, scuba diving, kejar anak ikan jaws etc ) keja aku just. jaga budak je!


ok.i mean not like this "kid"

budak yang aku kene jaga umur dari lingkungan 5-13 tahun la..dorang sume comel-comel plus.not to say..noty giler!grrr~ tapi yang penting dorang lagi kecik dari aku and senang nak  buli! * gelak keji* sebenarnya dorang ni under kelab nuri bank rakyat and aku just sebagai part time fasilitator je. tu yang best tu.dah la dapat gaji pastu dapat pegi oliday sekali!yess~~kalau nak harapkan masa aku nak pegi oliday dengan kawan-kawan..tak tahu bila :( 


jap..korang tau tak pulau sibu kat mana ni?ha?Sabah?memang kena luku sorang-sorang.geografi failed betul! 


aku pun baru tahu kat Malaysia ni babi siap ada kawasan dia sendiri =.='

apa yang kitorang buat kat pulau??macam-macam..ni masa kitorang pergi pulau redang dulu.


bawak budak-budak pergi snorkeling!yay`


tapi macam kitorang yang excited lebih =.='


get ready nak pergi scuba diving pulak!trainer ni sabotaj tak nak bagi aku bernafas.ok.tipu!dia ajar untuk bernafas dengan betul masa dalam air nanti.


memang best wooo~ diving under the sea.tapi tu bukan aku.sapa ntah
 -_____-"


aktiviti lepaskan anak penyu!yay~dah menetas.


tapi raksasa gordon cuba memakan anak penyu dengan gembira nya.


budak-budak ni akan di jual di thailand nanti.sekian


kitorang dapat naik bot nelayan woo~ kat bandar tak de pun!


abang ropi cecupak prank budak-budak!buli time~ bahaha..


kitorang dapat naik cruise woo~~ ok.tipu.bot laju je =.=


naiss gile kan scenery dia. woot woot~

ni je la yang aku mampu share pe yang kitorang buat kat pulau.bulan depan after balik dari pulau sibu boleh share lagi.wee~




tu je.ok bai.