Wednesday, May 2, 2012

Visa Debit Manchester United..siapa nak?

assalamualaikum ( tak jawab dosa~okbai )

semalam masa aku tengah syok bersembang dengan kawan aku tiba-tiba aku teringat ada satu menda yang aku tak sanggup nak share. bukan sebab kedekut ilmu ke apa..tapi menda ni memang boleh buat aku rasa menyampah!rasa nk termuntah darah pun ada ( sorry, over sikit) tapi di sebabkan aku tahu ramai dekat luar sana yang minat sangat dengan kelab ini so aku pun cuba bukakan hati aku ni luas sikit untuk bagitahu :P

siapa sini fan hardcore berani mati Manchester United??just nak share dengan korang yang Maybank sekarang ada buat promotion untuk sesiapa yang teringin nak tukar kad atm daripada yang biasa kepada yang luar biasa..ha, sila lah ke mana-mana cawangan Maybank untuk dapatkan visa debit kad Manchester United!ok..ok..tak payah buat muka super excited..sebab kad atm ni agak limited jugak.sape cepat dia dapat! (wah, gaya macam jual goreng pisang pulak) walaupun player-player kat dalam Manchester United club ni tak buat dosa dengan aku ( memang dah terang- terang dorang tak kenal aku pun :P ) tapi aku memang tak minat langsung dengan club ni.so, nak kata aku rugi tak lah sangat kot. sebab benefits yang dia bagi bukan best sangat pun (ayat dari orang yang tak ade perasaan pasal bola.okbai) 

                                 come to Mannnnn UUU~~(gambar yang menyeru :P)

nak tahu apa benefits yang aku maksudkan? ok, siapa yang guna visa debit ni dapat: 

* 10x treatpoints on United Direct Online Megastore - contoh kalau korang beli jersi kat website di, www.manutd.com dapat lah points dalam kad korang. 1x treatpoint bersamaan dengan RM 2. so, kira lah berapa banyak point korang boleh dapat dalam sekali pembelian.

* 5x treatpoints when Manchester United wins a Premier League match- dapat bonus point free-free je bila kelab ni menang game *jeles  T_____T*

* 10% discount on United Online Megastore & Outlet - kalau guna visa debit ni beli kat website dia, bukan je dapat kumpul point tapi dapat lagi diskaun bila beli barang.perh!!untunglaaahhh.. ( tapi selected item je..bukan semua dapat diskaun.kuikui)

*20% discount of Manchester United Stadium and Museum Tour - ha, siapa yang teringin nak pergi Old Trafford..boleh guna visa debit ni untuk bayar tour..save banyak jugak tuhhh~


ni lah antara kelebihan untuk peminat Man U.untunglahhh~ kalau dulu Manchester United kad ni just untuk orang yang nak apply untuk kad kredit je. tapi di sebabkan Maybank baik hati nak bagi kat pengguna yang tak nak pakai kad kredit, sebab tu Maybank offer visa debit ni.visa debit ni macam kad atm biasa jugak. boleh gunakan untuk keluarkan duit kat mana-mana atm machine.cuma bezanya..erm..ada gambar Rooney kat kad korang woooo~~ (sumpah tak heran pun) plus, boleh swipe kad kat mana- mana pusat beli belah ke..nak beli kat online website yang lain pun boleh.bukan untuk website www.manutd.com je. and treatpoints yang dapat tu boleh di redeem untuk barang-barang free yang korang suka bila dah cukup point! ( barang free memang aku suka ^__^)

sebenarnya kad atm ni dah launch dari 22hb April bulan lepas tapi sori la sebab baru bagitahu pasal ke'ohsem'an dia.ngehngehngeh..sempat lagi ni sapa yang nak apply.

                                
                         model free untuk visa debit MANUTD.thanks yaw~bahahah.


                                                       tu je.okbai



Friday, April 27, 2012

Customer Service Executive is a SUCK job!

assalamualaikum~ ( kalau jawab sayang tak jawab saya tak dosa..okbai! )

happy sangat harini sebab akhirnya dapat jugak aku berjumpa dengan en.lappy yang ku sayangi ni.selalu kalau online hanya mampu guna henpon je..uwaaaa~~ sangat sadis sebab tak dapat nak membebel panjang- panjang kat blog ni and tepek banyak- banyak gambar.standard la  bro,dah nama perempuan.sesi tepek menepek gambar ni dah kira wajibal ghunnah kottt.

  
                                             hye uollss..nama i toshy :)

disebab kan aku berjaya mencutikan diri selama 2 hari ( 2 hari macam 2 bulan kot untuk pekerja macam aku ni) aku memang ambil kesempatan untuk balik kampung untuk jumpa mak ayah, bagi makan ayam itik, tengok sawah padi, main kejar mengejar lembu kerbau ( oktipu.hanyalah ilusi optik semata-mata semuanya.oklah..except jumpa mak ayah tu memang betullah) memang happy lah dapat rehat kan kepala otak kat rumah. yela, dah penat kerja inilah masa nya nak betul-betul rehat sambil berpropaganza aka bergosip dengan BFF aka mak saya ^_^ bila tengok kawan-kawan opis menghapdetkan diri kat fb pasal keja yang menstresskan hari tu..tu yang tergerak hati dan nawaitu saumaghoddin untuk membebel kat blog ni. bukan nak membebel pasal kerja ni teruk gila tahap durjana ke apa ( tajuk post propa je lebih ) tapi just nak meluahkan sedikit je pasal kerja ni.ehem-ehem..

aku rasa ramai yang orang look down kat kerja macam kitorang ni kan? ye la kerja operator jawab call je la katakan ( orang lain cakap bukan aku :P ) tapi ramai yang tak tahu sebenarnya kerja ni antara yang paling mencabar dan memang fun jugak lah ( kalau tak dapat customer keji masa hari tu.bahaha) kenapa aku cakap mencabar? sebab...department aku ni handle duit customer and banyak knowledge yang kitorang kena tahu.silap sikit je maybe duit customer boleh melayang beribu riban dalam sekelip mata OR kitorang maybe dapat complaint yang daripada customer-customer yang "OHSEM"! tapi semua tu boleh di handle lagi sebab aku ada officemate yang sangat superduper best.yang memahami situasi masing-masing and kalau boleh tolong settle kan problem kita dengan customer, memang dorang akan tolong sungguh-sungguh. 


                             we love our job!( thanks korang jadik model free :P ) 

bukan ada officemate yang cam best je tapi gaji dia pun boleh lah tahan jugak, kira dapat lah jugak aku bagi parents aku duit belanja tiap bulan and beli apa yang aku idamkan. alhamdulilah..tapi disebabkan ada makhluk-makhluk tuhan yang jenis tak sedar diri, perlekehkan je dengan kitorang. padahal kalau nak di bandingkan sesetengah kerja macam engineer ke, kerja gomen ke, etc  gaji dorang tak lah banyak mana pun (wah~~,keji sangat statement uolss) tapi di sebabkan kami ni low profile, tak suka menunjuk bakti kitorang..tu yang relaks je buat kerja back line. ngehngehngeh..tapi jangan pandang kami sebelah mata yaw~ kebanyakan kitorang ni pemegang degree, master etc. ha..kau hado? especially budak- budak gen-y yang hingus pun tak abis meleleh lagi selalu anggap kitorang jenis lepasan PMR, SPM tak abis..ceh, memang hampagas!

tapi memang aku belajar banyak perkara dari bidang ni.belajar ragam orang, masalah orang. kadang rasa macam kerja aku ni dah macam talian NUR lak. *sesiapa yang ada masalah peribadi or kurang kasih sayang boleh hubungi talian kami 130088xxxx.sekian* pengalaman yang aku tak boleh lupa sekali kena panggil bodoh dari customer yang..erm...errr...sengau!bukan nak memperlekehkan kekurangan dia tapi seriuosly aku tak paham hape hiye hakap.memang sedap ha kena panghil vodoh :P * sorry, feeling terlebih* tapi nasib baik dia cakap terima kasih sebab aku tolong dia.kalau tak..he..he..he.. (evil feeling) 

                                      
                                   this feeling is damn goooddd~~ keep it commin'


lastly aku bersyukur jugak la dapat kerja ni. eventhough masih ramai yang tak berapa sanggup dengan kerja yang memerlukan kesabaran yang tinggi ni and waktu kerja yang tak menentu, tapi kalau di bandingkan dengan pengalaman kerja-kerja aku yang lama memang aku happy dengan apa yang benefit yang kitorang dapat, surrounding peeps yang best and kerja yang tak payah bawak balik rumah! ( tu yang sangat penting!tak nak lagi kerja macam tu ) its not like i said..i really lovesssssssss~~ this job but i'm pleased with everything that God gives at this moment. amin.

eh eh..macam dah terpanjang sangat lak aku mensarut.ni kalau ujian karangan kompem-kompem aku dapat A++ ni.lebih dari 180 patah perkataan kot.bahahahha..

                                        

                                                     tu je.okbai







Monday, April 2, 2012

bersabar dengan ujian

assaalamualaikum~ ( tak jawab dosa, jawab saya senyum balik ;p )


rasa macam tak caya je sekarang dah masuk bulan april..pejam celik pejam celik dah nak masuk pertengahan tahun..tu belum di kira kalau terus pejam tak celik-celik..confirm lagi cepat masa berjalan!ahaks.. ( ok tak lawak :p ) aku rasa macam baru je aku keje and duduk jauh dari family ( konon ala2 gaya duduk kat obersee!) nak kira dugaan duduk jauh dari family punyalah banyak..sebab korang kena jadik indipendent, kena belajar untuk tempuh and telan apa- apa dugaan dengan jayanya..kalau agak- agak dah tak tahan sangat baru kol mak merengek macam baby besar yang chumel ^_^ (peace yaw)


tapi aku rasa dalam banyak- banyak bulan, bulan mac adalah bulan yang paling paaaaannnnjjjjjaaaannnnggg~ sekali nak abis and banyak ujian (bukan ujian kat sekolah ye anak- anak..no-no-no!) dugaan yang aku rasa sangat- sangat down and rasa give up nak malas bangun dari kehidupan ( sbb tu orang kalau frust kena duduk. ada kaitan tak?tak ade diam. ) tapi nasib baik ada kawan-kawan and family yang selalu jadik pong pong girl untuk aku..yang selalu back up aku dari belakang and kadang- kadang gak kat depan ( sebab kalau nak cakap utk support kena duduk kat depan. kalau cakap belakang maksud nya mengata..kan?kan?kan)

tapi aku sedar kadang- kadang dugaan yang datang tu sebab kesilapan kita juga.contohnya kalau dalam kerja tu ko dah buat silap tu and bos marah bertubi- tubi tu maybe ko rasa dugaan..tapi dah terang-terang salah ko..meme la kena marah!ha..macam tu jugak la sebalik nya..kadang kita ada buat silap di dunia ni tapi kita tak sedar kesilapan kita..siap buat dek je..tu yang tuhan bagi sikit pengajaran supaya bagi kita terhantuk sikit and tersedar.so, lain kali kita tak buat lagi and lebih berhati-hati.

sebab itu kita kena redha dengan ujian di beri. walau pun awal-awal memang susah nak terima..standard la bro,macam jugak baby yang awal- awal nak berjalan.mana ada keluar- keluar perut terus lari marathon! macam tu jugak la kehidupan.yang baru dalam hidup kita,kita kena belajar slow- slow..bila agak dah pandai sikit jangan eksen..praktis selalu..ha..baru boleh poyo lepas tu sebab dah terer ( aku motivate diri sendiri.sekian)

" kalau kita ada masalah, jangan lari dari menghadapi nya. tapi kena terima dengan berani dan cuba selesaikan dengan positif " (my buddy,2012)

tu je.okbai

Sunday, February 5, 2012

bercakap dengan kaki 2012

asssaaalllaaamuaallaaiikum!

alhamdulilah..akhirnya berjaya juga aku membuka blog aku untuk kali pertama pada tahun 2012.dengan dugaan yang menyebabkan aku tak boleh tulis blog telah berjaya aku tepis ( sebenarnya terlupa username dengan password!huahuahuahua) rindu sangat aku nak membebel sorang2 kat sini..sape yang boleh bercakap dengan kaki lagi selain aku!haaa..ko hado?? tak hado kan?? sila jangan jeles..

terima kasih la pada semua yang masih dok tanya aku dengan blog ni..tak sangka cheq ada peminat :')) rasa sangat malu nak lari tutup muka dengan bantal..hehehe..terasa macam retis sekejap lah walaupun orang tak heran langsung kewujudan aku ni..tapi..tapi..adahakukisah??lalalala...

dengan lafaz bismillah..aku memulakan semula menulis blog ni mulai sekarang!okbai.

Saturday, June 4, 2011

kesian gambit saifullah kena baling tahi dengan peminat

salam~


minggu ni banyak betul lah hal nak aku setel kan.penat betul.asyik travelling je keja nya. nak kata keja aku jadi traveller tak jugak tapi potensi untuk khatamkan highway dari IPH-KUL tu kira memang no hal la.huhu..di sebabkan aku dah rasa macam dah berzaman tak tahu hal dunia. so, agak tak  tau lah apa yang terbaru.banyak gila kot aku tak sempat nak hapdet!pasal Putera William and Kate bercerai, pasal Hookwinked Too:Good vs Evil 
Premiere Screenings, and kali ni pasal Gambit Saifullah!


wow~ pelakon yang hensem and baru nak meningkat naik kali ni bikin meningkat
lagi tinggi melambung pasal kes yang terbaru dan terkini. sampaikan ada yang
tak kenal dia pun boleh TERkenal.betapa hebat aura dia sekarang ni. aku pun
start kenal dia pun masa dorang dok bising pasal ada retis yang hensem gila dalam 
drama apa ntah. so, aku pun start la check it out kat mr.google sapa lah mamat
nama gambit ni.macam dasat gila.sampaikan ada website dia sendiri wooo~
http://www.gambitsaifullah.com/bio/ memang aku salute la dengan dia,bukan semua artis
ada website sendiri pun..ada pun setakat website facebook dengan twitter je :P
ce korang try check ada Lisa Surihani ke,Rosyam Noor ke,Nasir Bilal Khan ke.. 
or sape- sape yang artis fofular kat Malaysia ni.ada website sendiri? nan hado pong~
( tangan di bahu, mata di atas)   


tapi di sebabkan aku peminat setia Beautifulnara, tengok-tengok nama dia 
terus femes lagi. tup-tup tengok ada satu video clip yang giler best by
Prema Yin tajuk Marilah.producer dia Gambit sendiri and pelakon dalam
VC tu Shah Jasle.



tak ada menda pun pasal vc ni.korang dengar lah lirik dia.tak ada menda pun.cuba korang baca dekat sini! ha..mesti korang rasa memang related sangat kan dengan vc ni kan?kan?( tangan di bahu, mata di atas)macam Gambit cakap..


"Saya tidak rasa ia menjadi kontroversi kerana saya hanya menampilkan adegan pasangan suami isteri yang sudah kehilangan cinta dan mempunyai ego masing-masing.

"Saya rasa ia tidaklah terlalu teruk, mungkin ia menjadi kontroversi disebabkan saya dan Shahz Jaszle terlibat dalam klip video ini,"


ada lagi dia cakap...

"Memanglah kalau boleh saya ingin ia turut diterima oleh peminat hiburan tanah air. Tapi kalau ia tidak diluluskan, saya tidak ada bantahan kerana hasrat utama menghantarkannya ke Amerika Syarikat," katanya.

"Kenapa orang ingin mempertikaikan klip video ini sedangkan filem ...Dalam Botol yang jelas memaparkan hubungan songsang dan terdapat aksi lebih teruk tetapi ia diluluskan.

"Apa salah saya, bagi saya video klip tersebut tiada adegan cium ataupun meraba,"


ha...apa salahnya kan?kan?korang je yang tak open minded!relek la der..dekat Malaysia pun berlambak video macam ni jugak..movie-movie english yang dekat tv pun wajib ada scene macam ni. mung ni tak AMERICA langsung!


tapi disebab kan dekat sini Malaysia. memang silap besar jugak lah kalau dia tetap mempertahankan hujahan dia. tapi walau ada jugak yang mengucap banyak and maki-maki tengok vc ni.tapi korang sanggup jugak tengok sampai abis!tak kisah lah berukband tahap lambat siput vavi ke, buffer berapa lama kena tunggu ke..sanggup jugak nak tunggu!bila dah abis tengok tu.siap pos lagi dekat FB cakap tak guna punya vc ni!dah orang lain pun dok join tengok jugak~ sambung maki-maki.huhuh..


tapi tu suma no hal sangat la bagi aku.tapi sekarang ni heboh pulak dia condem blogger!gulppp~hokay.agak terasa I tau.walaupun bukan blogger femes tapi still a blogger :( walaupun aku tak tau ujung pangkal nye tapi bila tengok blog-blog ni pun dah buat aku rasa..waterpark mayyyyynnnn~~?? tak baik gitu tau~


banyak lagi la yang aku baca..erm...tak tau lah apa nak cakap dengan mamat ni.dia memang talented ( maybe) tapi di sebabkan keegoan dia yang buat orang lagi panas tu yang aku tak dapat terima. even Fasha Sandha yang ratu kontroversi tu pun reti nak mintak maap pasal kes- kes yang boleh menimbulkan kemarahan orang ramai. plus, dia rela berdiam dulu sampai kes nya reda. ni kan pulak la hal Gambit ni.dari kes yang sekecil zarah terus jadi hal sebesar dinosaur! tak ke parah tu der? 

lagipun untuk Gambit, bukan semua blogger tu close minded and tak ada perasaan langsung. even dia fokuskan untuk certain je blogger tapi tak payah lah nak general sangat ayat awak tu nak sound-sound. hope lepas ni mana lah tau kot-kot tetiba dapat hidayah ke..terbuka hatinya nak mintak maap and terus jadi alim macam Bob Lokman or Sham Kamikaze ke satu hari nanti..we never know :) 

ps: sesapa yang nak geram tahap gaban dengan si Gambit ni ada game best untuk lepas geram!tak pun sapa yang tensen dengan bos ke, mak mertua ke, roommate ke..ha...KELIK SINI!
tu je.ok bai.

Thursday, June 2, 2011

rindu nya dengan mr.goblog!

salam~


lama gila aku tak hapdet blog ni.rindu gila~~!!!nyaris-nyaris nak jadi gila pasal tak boleh nak belogjogging, tak boleh nak mensarut dalam belog, tak boleh nak baca gossip-gossip panas ( ada blogger gaduh besar dengan blogger pasal duit!) apa pun tak boleh!!uwaaaa~ *nangis gedik*
tapi nasib baik encik tenet takut aku bertindak lagi rakus..sebab tu dia bagi aku chance nak online dengan bahagianya sambil guling-guling atas katil sambil main angry bird sambil merapu-rapu dalam ni like ada aku kesah ko nak buat apa? ok.fine :P
minggu ni aku banyak betul aktiviti yang aku missed out and ada good news and bad news yang aku nak shared tapi...................................aku lupa!ahaks.thats annoying me!btw, aku just nak buat pengumuman di sini bahawasanya: 


* tahniah kepada abang dan kakak kawan-kawan aku di kedah ( bukan bermakna dorang jadik adik beradik ipar.*no-no-no.ok, aku penin*) abang membe aku, ciyin kahwin 1 hb jun and akak membe aku lagi sorang, paah kahwin 2hb jun. ( sedih tak dapat join sebab budget lari :'( 


* happy belated birthday to my GUMMY BEAR a.k.a peenos!yay~ko dah tua!hahah ( sori, adiah tunggu bulan depan :P )


* aku akan tinggalkan rumahku syurgaku ( bukan maksud aku lari rumah)


* aku akan jarang online lepas ni ( sila jangan ridu aku.heh) 


* im going to pulau sibu!yay~~ (please refer to page 1233) 


* aku terlepas 2 TIKET FREE to Hookwinked Too: Good vs Evil Premiere Screenings
( thanx to the evil psiko internet!ppppffttt...aku pernah cite kat sini dulu tu )

* ramai kawan-kawan aku nak kahwin tahun ni!yay~ ( konpem kopak poket :P )


so, that's all pelajaran kita untuk ari ni..jap lagi kita sambung!


ps: goblok dalam bahasa jawa means bodoh or ayat sopan selenge.sesuai dengan blog aku yang tak boleh nak log in 2, 3 hari ni..sekian.


tu je.ok bai.

Monday, May 30, 2011

Siti Nurhaliza, Jacklyn Victor join Askar Wataniah?

salam~


wah, seronok lah lepas ni pekerja-pekerja dekat kem wataniah ni.semangat je dorang nak pergi kerja sebab dengar kata Dato' Siti nak join askar.ahaha.. dulu Dato' Khairy dah selamat tamat latihan sekarang ganti artis perempuan pula nak join. wah, kelas gitu! berita ini dah di sah kan sendiri oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. 
Dato’ Siti Nurhaliza

yang best nya husband Siti yang macho a.k.a Datuk K tu pun setuju kalau wife dia masuk kem ni.tapi dengan syarat! semua condition Siti okay and kalau dia pregnant, so Siti tidak boleh join la jawabnya. katanya,


"Saya benarkan Siti menyertainya sebab dia bukannya perlu masuk hutan dan menghabiskan masa untuk latihan selama berbulan-bulan seperti askar biasa.


"Sebaliknya dia hanya perlu menjalani latihan pada hujung minggu atau pada waktu lapang dan boleh berulang-alik dari rumah.
“Dalam masa yang sama kalau dia mengandung, mungkin saya tidak membenarkan dia menyertai pasukan itu. Setakat ini dia belum hamil lagi,”
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga menambah kemungkinan Jaclyn dan wartawan TV3 host Maznah Zolkifli akan turut serta. katanya lagi, sesiapa yang menyertai RAW perlu menjalani dan menamatkan latihan 39 jam dalam masa setahun mengikut kelapangan masing-masing sebelum ditauliahkan. 
tapi bagus lah..bagi semangat untuk anak-anak muda yang malu and segan nak join askar ni. tapi kalau latihan yang macam ni senang aku pun rasa nak join sekali!
ps: untunglah jadi artis :)
tu je.ok bai.