Showing posts with label agama. Show all posts
Showing posts with label agama. Show all posts

Thursday, May 26, 2011

Tips Menghilangkan Penyakit Busuk Hati

salaammm~~


syok gila malam tadi mimpi indah.. semalam aku mimpi naik felali dengan Lisa Surihani kot. tak tau napa mimpi macam tu pulak semalam -_____-" kalau mimpi Jehan Miskin tu best la jugak.hukhuk.sodeyh betul. tapi sila abaikan apa yang aku membebel ni. kembali menjadi alim semula ye anak-anak..hari ini cikgu akan bagi tips untuk menyihatkan penyakit hati untuk orang-orang yang busuk ye. macam biasa lah..kadang kalau kita tengah happy- happy dengan life tetiba ada pulak yang dengki! kalau dengki nampak tak apa.ni kalau ada dengki yang tak nampak pulak.ha..sudah~ tak dapat eden nak tolong. tapi entri ni jugak untuk cik anon- anon yang tersayang yaw ^^ sila banyakkan mandi bunga bagi wangi yo :) tips ni pun aku grab kat fanpage Farith Ismeth.ala, pembaca berita tv1 yang macho lagi bergaya walaupun dah evergreen. *hai.im farid bond*



1. Kurangkan bercakap
ok.sila terasa bagi sapa yang banyak mulut ( macam aku) lepas ni sapa yang banyak cakap hanya di benarkan menggunakan bahasa isyarat saja.sekian. * bunyi angin je* ok. serious aku tak boleh nak jadi pendiam. im sori :( sebenarnya kurang bercakap yang di maksudkan is.. cakap benda yang penting and perlu saja.kadang kalau kita start pot pet pot pet ni mula la tersimpang ke gosip ke, mulut ter"laser" ke pape la..tu yang jadikan hati kita jadi lagi lama lagi keras. (betulll~~) 



2. Jaga Emosi dan Nafsu
yes! aku setuju bab ni sebab aku pun kadang-kadang memang beremosi gak. ye la..kadang bengang dengan orang-orang yang poyo and suka menunjuk-nunjuk.bukan nak kata..tapi...memang aku dengki la!bahahaha. * gelak keji* ( tetiba teringat kat entri akakkk~ ni ) tapi sendiri kena amik inisiatif la..kena selalu practice. cara macam mana nak latih diri untuk kawal emosi kita. contoh: solat, puasa, excercise, kalau rasa marah ke pe...tarik nafas panjang- panjangggggg..............jangan lepas-lepas!

3. Sentiasa ingat Allah SWT
kalau agak- agak terasa jeles dengan kelebihan or nampak orang lain senang. cepat-cepat kita istigfar banyak-banyak and rajin bersolat tak kira solat wajib 5 waktu, solat tahajud, solat dhuha, solat malam, dan lain-lain. Selain itu zikir, doa dan mengaji atau membaca al-Qur'an. sebab hanya Allah yang memberi segala rezeki. daripada kau sakit hati dengan orang lain tu apa kata ko usaha mintak sendiri kat tuhan.lagi tenang, lagi berkat.best tak macam tu? ^^ 

4. Jauhkan dari orang yang ada penyakit yang sama
daripada korang berkawan dengan orang yang penyakit hati busuk, better korang kawan dengan orang yang ada penyakit buah pinggang ke, penyakit kanser ke, penyakit jantung ke. lagi bagus! sebab penyakit hati busuk ni paling bahaya.sebab dia boleh berjangkit wooo~ dorang mesti la tak nak sakit sorang- sorang. kene ajak geng jugak. baru nama nya SEHATI SEJIWA* kau memang kawan terbaik*


ps: di sebabkan aku pun tak sempurna and masih belajar lagi dalam hidup ni..sebab tu aku sentiasa nak ingatkan diri untuk jadi yang lebih baik. and di sebab kan aku memang pedengki.sebab tu aku nak ajak korang sekali amalkan tips ni sekali dengan aku!miahahaha..* gelak keji*

tu je.ok bai.




Friday, May 20, 2011

bertunang tanpa sedar?

salam~


I rasa hari ni memang ramaikan orang kat luar sana yang pernah/sedang bercouple kan? konpem yang tengah syok-syok bercinta mesti lah ada yang dah siap plan nak berkahwin, bertunang masa akan datang kan? tapi masalahnya sekarang..."tunggu lah..duit tak cukup" ..."sekarang tak ready lagi..nak enjoy dulu"...


tapi sebenarnya dalam kita tengah hangat bercinta tu sebenarnya kita boleh jadi tunangan orang tanpa kita sedar!ha??nak tertelan halkum dengar??ye la..suka ati mak bapak tiri jiran pak latip je ye nak jadi tunang orang!ha..ok.sebenarnya dalam syarak ada menyatakan bahawa status kita akan bertukar kepada tunangan orang secara automatik bila kita menyatakan persetujuan kita untuk terima lamaran pasangan kita.walaupun belum konpem kita akan kahwin dengan dia!


contoh:


mat: u~~i dah lama la minat dengan u..bak kata orang...tido malam tak lena ( sebab banyak nyamuk)..makan tak kenyang ( sebab tak cukup duit nak beli makanan) , mandi tak basah ( memang la..mandi kambeng je!) i nak kahwin dengan u boleh tak??boleh?boleh?


tipah: hehehe..u ni..ade-ade je la..kalau tak malu sila lah masuk minang!i pun dah gatal nak kahwin gak.hehehe * senyum-senyum malu*


ha..walaupun perbualan ni secara malu-malu siput tapi si mat memang ada niat nak kahwin dengan si tipah! dan si tipah pun dah bersetuju and rela hati nak bersuamikan si mat.walaupun dorang tak tahu bila akan bernikah tetapi persetujuan antara dua-dua pihak dah berlaku~~ walaupun tanpa pengetahuan ibu bapa! so..sekiranya ada lelaki lain yang cuba nak potong line a.k.a nak masuk minang si tipah ni and dia tetiba pulak terima pinangan lelaki tersebut sebab dah penat nak tunggu mat masuk meminang.maka hukum nya..HARAM!!


tetapi menurut hukum islam pertunangan itu hanya akan berlaku sekiranya gadis itu adalah seorang yang waras, bijak, yang akhil baligh,yang pandai membawa diri.maksudnya, dia reti membezakan keputusan yang dia buat itu sama ada betul atau salah!


but!!untuk budak-budak yang belum baligh, that's mean yang setakat budak kecik yang baru masuk tadika ke..baru darjah 3 ke tapi dah pandai bercintan-cintun..tu tak di kira sebagai pertunangan yang SAH!or kot-kot ada lelaki yang tangkap syiok ngan pempuan yang bimbo ke..selenge ke..tak pun yang otak separa 3 ke..ha..yang tu kena serah kan keputusan pada wali untuk bertunang.dengan syarat...wali nya seorang yang waras la..jangan yang tiga suku gak. :)


so, pada sesape yang dekat luar sana tu..sekira nya kita sedang bercinta..berhati- hati bermain dengan kata sebab kita kena tau beza antara hukum syarak dan hukum adat yang di tetapkan. jangan suka- suka cakap setuju nak kahwin dengan si pulan tapi tup tup kahwin dengan orang lain lak..




ps: renung-renungkan dan selamat beramal ^^





tu je..ok bai.





Sunday, May 15, 2011

hidup ini hanya pinjaman

salam~


pagi tadi masa aku tengah syok mimpi-mimpi best tetiba aku dapat mesej dari memba aku, syda fazli..


" bapak pojie dah meninggal dunia"

aku macam takasima jap. setahu aku kawan aku, fauzi hidup bahagia je selama ni.tak ade pulak dia cita bapak dia sakit ke. masuk hospital ke..pe ke..tapi napa tetiba je aku dapat mesej macam ni? dengan masih blur-blur lagi aku terus bukak FB and tengok status dia.memang sah!and ramai kawan-kawan dia pun tak caya mula-mula.ye la..member aku ni sorang yang happy go lucky ( macam aku.ehem2) and bapak dia pun sebelum memang sihat sejahtera je. aku pun terus past the bulk kat member-member lain pasal info ni.then terus pergi rumah dia..ramai yang datang masa tue pon memang terkezut dengan berita mengejut ni sebab bapak dia meninggal masa lepas breakfast pagi tadi kat luar. lepas tu dia mengadu dia penin-penin and terus pengsan and terus meninggal dunia.and since aku pun tak berapa rapat dengan fauzi ni..aku just duduk kat penjuru rumah dia and sedekahkan bacaan yassin. tue je yang mampu aku lakukan. semoga dia pergi dengan tenang dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.aminn.

memang sedih bila aku kenang kan kalau aku kat tempat dia..bapak dia pergi dengan sekelip mata je and dia pun belum ready untuk terima tanggungjawab yang sepenuh nya dalam masa akan datang.tapi sebenarnya kita pun kena redha bahawa hidup ni sebenarnya hanya lah pinjaman sementara je di dunia ni. bila-bila masa je tuhan akan mengambil nyawa kita tak kira sama ada di waktu tido, mandi, duduk or berjalan-jalan kat luar.memang sudah termaktub didalam surah Al jum`ah :-

62:8. Katakanlah: “Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang gaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan”.

maksud nya setiap orang di dunia mesti akan bertemu dengan-Nya jugak tapi kita sendiri tak tahu bila, bagaimana, di mana menda tu akan terjadi. even aku sendiri pun tak tahu bila ajal aku akan tiba. macam mana aku akan bertemu ajal tu sendiri.tapi sememangnya aku masih bersyukur ke hadrat Ilahi sebab Dia masih memberi aku peluang untuk bernafas dan menikmati hidup ini walaupun apa yang terjadi kat aku sebulan lepas buat aku masih trauma lagi untuk bawak kereta. tapi aku menganggap tu sebagai ujian daripada Allah untuk aku lebih mengingati-Nya daripada menganggap tu sebagai bala semata-mata. ujian yang membuatkan aku untuk lebih sedar bahawa: 
1. masih banyak amalan-amalan akhirat yang aku penuhi.
2. menghargai dan menjaga hati orang sekeliling supaya tidak di lukai.
3. membuat lebih amal jariah kepada orang-orang yang masih memerlukan.
4. belajar untuk sentiasa mengingati mati dan jangan bertangguh untuk membuat kebaikan.
5. kesabaran yang tinggi dalam menerima ujian Allah itu sangat penting.

aku masih ingat lagi macam mana keadaan aku masa awal-awal aku terima berita yang akak aku meninggal sebab accident.memang terkejut and tak dapat terima hakikat! bayangkan kalau semalam kita masih bergurau senda dengan dia and hari kita dapat tahu bahawa dia telah meninggalkan kita selama-lamanya. tanpa apa-apa pesanan. dah lah masa tu lagi seminggu aku nak amik final exam.memang rasa down sangat sampai aku rasa lebih baik aku mati dengan dia je. tapi alhamdulilah.semangat tu datang balik masa beberapa hari lagi nak start final and aku berjaya mendapat dekan masa final exam tu. tu baru akak je tu.bukannya bapak atau mak kita yang lebih penting sebab dia yang memberikan kita nyawa and membesarkan kita dari kecil sampai besar.mesti lagi parah.

sebab tu pada sesape yang masih berasa sedih sebab sesuatu..aku just nasihat kan supaya:

1. banyak sedekahkan Al-Fatihah and bacaan yassin kepada sesape yang baru kehilangan supaya rohnya lebih tenang dari kita menangis meratap pemergiannya and buat roh lebih tersiksa.
2. tenangkan pikiran and tarik nafas dalam-dalam.
3. jangan lupa untuk menyembah dan mengadu kepada-Nya sebab hanya Dia yang dapat memberi laluan atau petunjuk bagi menyelesaikan masalah kita.
3. berdamping dengan kawan-kawan yang boleh bagi kita nasihat yang lebih baik dari kawan yang boleh membawa kita ke jalan yang lebih menyesatkan di saat hati tengah berkecamuk. 

ps: aku bukanlah seorang yang alim tapi just nak berkongsi pengalaman yang ada sambil dapat mengingatkan diri sendiri untuk mencari ketenangan yang lebih hakiki.




tu je.ok bai. 

Wednesday, May 11, 2011

jangan mudah ucapkan kata PUTUS

salam~~


lama gila saya tak hapdet belog ni.rasa cam dah 1912828383 tahun tak involve dunia belog.muahahaha..selama 1912828383 tahun ni jugak la banyak betul problem nak kena settle.and paling lattest is..saya tetiba jadi doctor love for my friendSSS..not A friend hokay..sume problem dorang datang tetibe sedebuk sama time plak T___T 
chupp..pasan tak saya tukar kan 'aku' ke 'saya'? rasa macam polite sikit kan *gelak sopan*


back to the topic..


pernah tak korang sebelum ni couple and bila gaduh je selalu cakap..."susah sangat..kita clash je la." pernah?pernah?ngaku je la...honestly saya pun pernah cakap macam tue kalau setiap kali gaduh.bahahahaha..motif??sebab~~:


1. nak perhatian
biasa lah...mostly girls akan cakap macam ni sebab konon nak perhatian lebih la..ye la...kalau tiap kali gaduh tu..time tu la nak uji tahap kesetiaan si boyfriend!( kononnya la..) so, bila dah start merajuk and setiap ayat pun tak jalan..so, the best time is begin!masa untuk mengugut!ha..time tu konfirm si boyfriend akan kelam kelibut and try pujuk balik lelok..merayu bagai nak rak..apa lagi..si girlfriend yang jual mahal ni pun dah start cair and konfirm yang bf dia ni betul-betul sayang and berbaik balik~~...


2. tak yakin dengan hubungan 
yang ni biasanya orang yang pernah ada bad history sebelum ni and tak rasa konfident dengan hubungan yang baru.setiap kali buat salah je..mesti automatik korang akan teringat pengalaman lama and dan dan korang akan rasa takut and terus mintak putus.ye la...konon konon tak nak pisang berbuah dua, tiga ribu kali la..tapi biasanya dalam situasi ni mesti salah seorang akan beralah and start knofident kan balik pasangan dia rite?dah nama pun sayang..mesti lah kena support each other.kalau tak, baik tak payah couple!betul betul?


3. orang ketiga
ha...kalau motif pasal ni eden pun no komen la..sebab kalau dia cakap nak mintak putus means memang dia tahap serious shit nak clash jugak!kalau boleh dah tak nak toleh toleh lagi kat belakang.ye la..buat ape nak toleh kat belakang kalau yang kat depan dah ada yang tunggu.betul betul?


tapi kan..bila pikir balik?korang suka ke kalau pasangan korang asyik cakap nak mintak clash je?mesti la lama-lama korang pun tensen and the best decision is..."ko nak sangat putus..ha..hamik ko!bye forever" ha..masa tu la jugak korang akan frust menonggeng akibat kegedikan dan keringanan mulut korang yang suka sangat cakap ayat puaka tu...padan la muka.........aku :'(


sebenarnya even kita dah kahwin pun kita di larang keluarkan perkataan negatif macam tu kan..especially kat kaum hawa yang penuh emosi dahsyat gitu...memang tak boleh langsung lepas cakap dengan suami untuk mintak cerai..sebab tu la kuasa tu letak pada tangan suami 100%...ada satu cite yang makcik aku pernah story..ada satu pasangan suami isteri ni keje dia gaduh~~ je..dari diorang couple sampai la dorang kahwin!si isteri ni memang jenis manja.tak boleh di tegur sikit..mesti tarik muka masam and ending akan cakap.."kita clash!" bila si suami tak pujuk lagi la mengamuk si isteri ni.pulak tu bila cakap selalu asyik main lepas je..sampai kan sesi halau menghalau pun ada gak.walaupun sebenarnye dia memang tak ada niat nak cakap semua tu..tapi apa nak buat kan..orang kalau dah marah memang susah nak kawal emosi!


tapi si suami tetap sabar je dengan si isteri and tiap kali dorang dah berbaik and mintak maap..si suami mesti akan nasihat kat si isteri supaya jaga bahasa and pesan.."setiap pertuturan yang awak keluarkan tu mungkin malaikat lalu and terdengar apa yang awak cakap.and dia akan kabulkan ape yang awak mintak sebab tue di kira doa." 


masa mula-mula memang la si isteri ingat nasihat suami dia..tapi lama-lama tu..dia pun lupa and macam biasa..tiap kali gaduh ringan je mulut nak mintak cerai and kali ni siap cakap lagi.."saya dah tak nak tengok muka awak dah lepas ni!" and dengan kuasa tuhan..ari tue sepatutnya si suami yang patut balik umah lepas keja pukul 6..tak sampai-sampai jugak umah sampai ke malam.si isteri yang dah mula cuak..kol kawan-kawan si suami and semua orang tak angkat..rupa-rupanya masa ari dorang gaduh tu.si suami terlibat dengan excident and meninggal kat tempat kejadian. bayang kan betapa sedih and menyesalnya si isteri..hanya tuhan je yang tau.


so, moral of the story is..aku nasihatkan diri aku and yang kat luar sana..walaupun kita bercinta or dah kahwin jangan mudah ucapkan kata PUTUS tu sebab setiap apa yang terpacul kat mulut kita ni masih di kira sebagai doa and bak kata pepatah..."terlajak perahu boleh di undur..terlajak kata..dah tak boleh buat pape dah" betul betul?


ok.bai.



Monday, February 21, 2011

APABILA PEREMPUAN TAK BERTUDUNG……

Perspektif orang yang bertudung then tidak bertudung?
HURMMMM….no comment!bt how bout if orang yang tidak bertudung tetiba memakai tudung?? yeahhhh~~ confirm ramai lelaki2 kat luar mengangkat tangan sambil nyanyi lagu Raihan ALHAMDULILAH kan? actually aku bukan nak condem orang yang btudung o x bertudung ni.just want 2 share with u gals apa jadi bila orang yang xbtudung menukar imej.contoh, mcm saya ^.^HAHA. pakai tudung on and off!but now azam memang nak pakai tudung full time. betul,tak tipu (serious face)


1.Fesyen
korang perasan x majoriti orang yang baru pakai tudung lebih fashionista dari orang yang memang pakai tudung?bkn nak ckap dorang x reti bergaya tapi nak cakap sebenarnya orang yang baru pakai tudung ni lebih suka bereksperimen dengan fesyen2 yang up 2 date n yang lagi penting, dorang sebenarnya nak gayakan baju2 yang lama ( masih tgh sexy dulu) dgan fesyen yang lebih ayu dan muslimah! pe kejadahnya nak buang sume baju2 2?sayang wooo~~ but sumtimes, dorang pon agak pelik gak kalo nak bereksperimens, as if, u wearing a hijab, so r u wearing legging?x ke pelik coz mnampkkan aurat jgk kan?aku xde la tinggi agama but 4 some reasons, i dun think it quite appropriate wearing those apparels. IDK :)


2. Perangai
ha ni mmg susah nak ckap.dulu ak ni jenis gila2.bkn dulu je la..sekarang pon.dah xleh nak wat pe dah.kalo dulu mase zaman jahiliah 2 mmg xksah la pon perangai nak rock mana.ckap pon berdegang2 sampai kan kalo sembang dari Ipoh 2 orang KL pon leh dgr! (OK, 2 pebandingan yang agak melampau T_T) tapi sejak dah pakai tudung ni.perangai n cara cakap pon kne jga.sebab nye, bl dah kua je perangai gile2 sume orang sekeliling stat usha.pastu bisik2..*sokseksoksek* gaya mcm..”ish2, name je pakai tudung, tapi perangai..eii..wat malu je” erk hello???apakah masalah anda??!ramai je orang yang pakai tudung yang otak giler2..xde tergugat ekonomi negara? ak taw memang xde kaitan pon!


3. cara hidup
ye,agak skema bile gune ayat cara hidup!hahaha..ok r, aku gune ayat life style. dulu b4 pakai tudung idup memang cam slumber je kan?ye la, lepak ngan kawan2 n hugging2..( ngn pompuan je taw) pastu kalo dgn bf 2 pon same.pgang2 tangan o kadang peluk2 cam mase 2 dunia ni ana yang punya!ahahaha..pastu kua lepak kat kedai mamak ramai2 tgh pagi buta.cam xkisah je..tapi lpas dah pkai tudung rase kene jaga sume.everythng!even nak shake hands ngn laki pon pk dulu..”eh, aku pakai tudung.mne boleh” tapi kadang slumber jgak!hahaha..maapkan saya kwn2 T_T


4. tudung style
ha, bab ni memang aku suke sgt!mmg la termasuk dari segi fesyen tapi aku nak merapu lebih ckit.hahaha…aku mmg suke tgk gaya2 orang pakai tudung ni..mcm2 style ade!ade macam yuna la, hana tajima la, ct la, bienda la, becca la( dats me of coz.ngeh2) atleast kalo kite pakai shawl 2 boleh style mcm2 kan?xde la buhsan sgt dgn 1 style je.mcm ak pakai tudung awning keras 2.pastu pk.style pe je ak leh pakai?hahaha..so, mayb pasal skg ni ade mcm2 pattern yang lawa2 n unik2 wat aku rase tertarik nak pakai tudung.huhuhu..


5.Perhatian
attention from others when u wearing hijabs is really not comfortable.bak kate orang…malu tapi mahu!hahaha..guess wht?dorang tgk bkan sebab ko comei ke pe tapi dorang tgk sebab style tudung ko n plus of coz the colors of ur shawl!hahaha..dah la aku ni jnis suke pakai color yang ceria2 d tambah lak ngn design yang mcm2 jenis.mana sume orang xtgk!hahahaha…malu mak taw :”)
so, what i wnt 2 say is….is not wrong if u want 2 change yourself but as long as it good 4 u. just be yourself and dun afraid 2 experimenting your style :) thank u 4 everyone that supporting me 2 wearing hijabs. kini diri ku terasa lebih bermakna.AHAKZ~