Wednesday, May 11, 2011

jangan mudah ucapkan kata PUTUS

salam~~


lama gila saya tak hapdet belog ni.rasa cam dah 1912828383 tahun tak involve dunia belog.muahahaha..selama 1912828383 tahun ni jugak la banyak betul problem nak kena settle.and paling lattest is..saya tetiba jadi doctor love for my friendSSS..not A friend hokay..sume problem dorang datang tetibe sedebuk sama time plak T___T 
chupp..pasan tak saya tukar kan 'aku' ke 'saya'? rasa macam polite sikit kan *gelak sopan*


back to the topic..


pernah tak korang sebelum ni couple and bila gaduh je selalu cakap..."susah sangat..kita clash je la." pernah?pernah?ngaku je la...honestly saya pun pernah cakap macam tue kalau setiap kali gaduh.bahahahaha..motif??sebab~~:


1. nak perhatian
biasa lah...mostly girls akan cakap macam ni sebab konon nak perhatian lebih la..ye la...kalau tiap kali gaduh tu..time tu la nak uji tahap kesetiaan si boyfriend!( kononnya la..) so, bila dah start merajuk and setiap ayat pun tak jalan..so, the best time is begin!masa untuk mengugut!ha..time tu konfirm si boyfriend akan kelam kelibut and try pujuk balik lelok..merayu bagai nak rak..apa lagi..si girlfriend yang jual mahal ni pun dah start cair and konfirm yang bf dia ni betul-betul sayang and berbaik balik~~...


2. tak yakin dengan hubungan 
yang ni biasanya orang yang pernah ada bad history sebelum ni and tak rasa konfident dengan hubungan yang baru.setiap kali buat salah je..mesti automatik korang akan teringat pengalaman lama and dan dan korang akan rasa takut and terus mintak putus.ye la...konon konon tak nak pisang berbuah dua, tiga ribu kali la..tapi biasanya dalam situasi ni mesti salah seorang akan beralah and start knofident kan balik pasangan dia rite?dah nama pun sayang..mesti lah kena support each other.kalau tak, baik tak payah couple!betul betul?


3. orang ketiga
ha...kalau motif pasal ni eden pun no komen la..sebab kalau dia cakap nak mintak putus means memang dia tahap serious shit nak clash jugak!kalau boleh dah tak nak toleh toleh lagi kat belakang.ye la..buat ape nak toleh kat belakang kalau yang kat depan dah ada yang tunggu.betul betul?


tapi kan..bila pikir balik?korang suka ke kalau pasangan korang asyik cakap nak mintak clash je?mesti la lama-lama korang pun tensen and the best decision is..."ko nak sangat putus..ha..hamik ko!bye forever" ha..masa tu la jugak korang akan frust menonggeng akibat kegedikan dan keringanan mulut korang yang suka sangat cakap ayat puaka tu...padan la muka.........aku :'(


sebenarnya even kita dah kahwin pun kita di larang keluarkan perkataan negatif macam tu kan..especially kat kaum hawa yang penuh emosi dahsyat gitu...memang tak boleh langsung lepas cakap dengan suami untuk mintak cerai..sebab tu la kuasa tu letak pada tangan suami 100%...ada satu cite yang makcik aku pernah story..ada satu pasangan suami isteri ni keje dia gaduh~~ je..dari diorang couple sampai la dorang kahwin!si isteri ni memang jenis manja.tak boleh di tegur sikit..mesti tarik muka masam and ending akan cakap.."kita clash!" bila si suami tak pujuk lagi la mengamuk si isteri ni.pulak tu bila cakap selalu asyik main lepas je..sampai kan sesi halau menghalau pun ada gak.walaupun sebenarnye dia memang tak ada niat nak cakap semua tu..tapi apa nak buat kan..orang kalau dah marah memang susah nak kawal emosi!


tapi si suami tetap sabar je dengan si isteri and tiap kali dorang dah berbaik and mintak maap..si suami mesti akan nasihat kat si isteri supaya jaga bahasa and pesan.."setiap pertuturan yang awak keluarkan tu mungkin malaikat lalu and terdengar apa yang awak cakap.and dia akan kabulkan ape yang awak mintak sebab tue di kira doa." 


masa mula-mula memang la si isteri ingat nasihat suami dia..tapi lama-lama tu..dia pun lupa and macam biasa..tiap kali gaduh ringan je mulut nak mintak cerai and kali ni siap cakap lagi.."saya dah tak nak tengok muka awak dah lepas ni!" and dengan kuasa tuhan..ari tue sepatutnya si suami yang patut balik umah lepas keja pukul 6..tak sampai-sampai jugak umah sampai ke malam.si isteri yang dah mula cuak..kol kawan-kawan si suami and semua orang tak angkat..rupa-rupanya masa ari dorang gaduh tu.si suami terlibat dengan excident and meninggal kat tempat kejadian. bayang kan betapa sedih and menyesalnya si isteri..hanya tuhan je yang tau.


so, moral of the story is..aku nasihatkan diri aku and yang kat luar sana..walaupun kita bercinta or dah kahwin jangan mudah ucapkan kata PUTUS tu sebab setiap apa yang terpacul kat mulut kita ni masih di kira sebagai doa and bak kata pepatah..."terlajak perahu boleh di undur..terlajak kata..dah tak boleh buat pape dah" betul betul?


ok.bai.



2 comments:

y u y u Z u l a i k h a said...

suka entry ni!!!!!

rebecca melessa said...

dah lama kot entri ni makcik.baru suko =.='