pagi tadi masa aku tengah syok mimpi-mimpi best tetiba aku dapat mesej dari memba aku, syda fazli..
" bapak pojie dah meninggal dunia"
aku macam takasima jap. setahu aku kawan aku, fauzi hidup bahagia je selama ni.tak ade pulak dia cita bapak dia sakit ke. masuk hospital ke..pe ke..tapi napa tetiba je aku dapat mesej macam ni? dengan masih blur-blur lagi aku terus bukak FB and tengok status dia.memang sah!and ramai kawan-kawan dia pun tak caya mula-mula.ye la..member aku ni sorang yang happy go lucky ( macam aku.ehem2) and bapak dia pun sebelum memang sihat sejahtera je. aku pun terus past the bulk kat member-member lain pasal info ni.then terus pergi rumah dia..ramai yang datang masa tue pon memang terkezut dengan berita mengejut ni sebab bapak dia meninggal masa lepas breakfast pagi tadi kat luar. lepas tu dia mengadu dia penin-penin and terus pengsan and terus meninggal dunia.and since aku pun tak berapa rapat dengan fauzi ni..aku just duduk kat penjuru rumah dia and sedekahkan bacaan yassin. tue je yang mampu aku lakukan. semoga dia pergi dengan tenang dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.aminn.
memang sedih bila aku kenang kan kalau aku kat tempat dia..bapak dia pergi dengan sekelip mata je and dia pun belum ready untuk terima tanggungjawab yang sepenuh nya dalam masa akan datang.tapi sebenarnya kita pun kena redha bahawa hidup ni sebenarnya hanya lah pinjaman sementara je di dunia ni. bila-bila masa je tuhan akan mengambil nyawa kita tak kira sama ada di waktu tido, mandi, duduk or berjalan-jalan kat luar.memang sudah termaktub didalam surah Al jum`ah :-
62:8. Katakanlah: “Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang gaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan”.
maksud nya setiap orang di dunia mesti akan bertemu dengan-Nya jugak tapi kita sendiri tak tahu bila, bagaimana, di mana menda tu akan terjadi. even aku sendiri pun tak tahu bila ajal aku akan tiba. macam mana aku akan bertemu ajal tu sendiri.tapi sememangnya aku masih bersyukur ke hadrat Ilahi sebab Dia masih memberi aku peluang untuk bernafas dan menikmati hidup ini walaupun apa yang terjadi kat aku sebulan lepas buat aku masih trauma lagi untuk bawak kereta. tapi aku menganggap tu sebagai ujian daripada Allah untuk aku lebih mengingati-Nya daripada menganggap tu sebagai bala semata-mata. ujian yang membuatkan aku untuk lebih sedar bahawa:
1. masih banyak amalan-amalan akhirat yang aku penuhi.
2. menghargai dan menjaga hati orang sekeliling supaya tidak di lukai.
3. membuat lebih amal jariah kepada orang-orang yang masih memerlukan.
4. belajar untuk sentiasa mengingati mati dan jangan bertangguh untuk membuat kebaikan.
5. kesabaran yang tinggi dalam menerima ujian Allah itu sangat penting.
aku masih ingat lagi macam mana keadaan aku masa awal-awal aku terima berita yang akak aku meninggal sebab accident.memang terkejut and tak dapat terima hakikat! bayangkan kalau semalam kita masih bergurau senda dengan dia and hari kita dapat tahu bahawa dia telah meninggalkan kita selama-lamanya. tanpa apa-apa pesanan. dah lah masa tu lagi seminggu aku nak amik final exam.memang rasa down sangat sampai aku rasa lebih baik aku mati dengan dia je. tapi alhamdulilah.semangat tu datang balik masa beberapa hari lagi nak start final and aku berjaya mendapat dekan masa final exam tu. tu baru akak je tu.bukannya bapak atau mak kita yang lebih penting sebab dia yang memberikan kita nyawa and membesarkan kita dari kecil sampai besar.mesti lagi parah.
sebab tu pada sesape yang masih berasa sedih sebab sesuatu..aku just nasihat kan supaya:
1. banyak sedekahkan Al-Fatihah and bacaan yassin kepada sesape yang baru kehilangan supaya rohnya lebih tenang dari kita menangis meratap pemergiannya and buat roh lebih tersiksa.
2. tenangkan pikiran and tarik nafas dalam-dalam.
3. jangan lupa untuk menyembah dan mengadu kepada-Nya sebab hanya Dia yang dapat memberi laluan atau petunjuk bagi menyelesaikan masalah kita.
3. berdamping dengan kawan-kawan yang boleh bagi kita nasihat yang lebih baik dari kawan yang boleh membawa kita ke jalan yang lebih menyesatkan di saat hati tengah berkecamuk.
ps: aku bukanlah seorang yang alim tapi just nak berkongsi pengalaman yang ada sambil dapat mengingatkan diri sendiri untuk mencari ketenangan yang lebih hakiki.
tu je.ok bai.
No comments:
Post a Comment