ha..hari ni nak share dengan korang something. aku sebenarnya dari dulu suka kumpul menda-menda macam ni.bukan nak kata taksub gila tapi just for fun je.tapi kalau nampak agak-agak macam serupa je tafsiran tu.punya lah excited nak percaya.nak-nak pulak kalau menda tu yang jenis baik-baik je.yang tak baik tak nak caya! (tak dapat terima kenyataan la tu) tapi macam aku cakap.just for fun je.kalau nak percaya bulat-bulat memang tak boleh la.boleh tersimpang akidah kita ye anak-anak ^^ just untuk motivasi diri je.
ok, yang aku nak share ni lebih kurang dengan kiraan dr.azizan osman aka bf aku yang ke 1922..tapi yang ni lain sikit makna nye. ni lak datang nya dari dr.rozzani din.
ok.yang ni kita perati kan betul-betul macam mana nak kira and dapatkan kod asas ye murid-murid ^^
ok.ni contoh calculation. setiap bulatan mesti and WAJIB ada 1 nombor sahaja tau.
contoh:
misal kata birthday korang 25hb 12 1976.so..
kalau 25 so kena tambah 2+5 =7
kalau 19 so kena tambah 1+9=10 = 1+0 = 1
so..berterusan sampai lah dapat nombor yang last sekali tu. which is no 9.tu di namakan sebagai kod asas.
ok?got it? got it?proceed.
ok, sekarang lak bila kita dah tau kod asas kita.jom kita check out huraian pasal kod asas tu.
kod asas 1:
(KEKUATAN)
-natural born as leader
-ada banyak daya tarikan pada jantina yang berlainan
- memiliki kebijaksanaan
- ada kuasa analisa yang kuat
- seorang yang sangat teliti
-sangat kreatif dan peka
(KELEMAHAN)
- mementingkan diri sendiri
- tidak mudah terima kritikan
-susah terima pandangan orang lain
kod asas 2:
(KEKUATAN)
- seorang yang mahir dan menarik
- selalu tenang dlam apa jua keadaan
- seorang yang peramah dan mementingkan kebersihan
- rajin dan matang dalam pemikiran
- lembut hati dan peka dalam memenuhi keperluan orang lain
- selalu tepat dalam melakukan tugas
(KELEMAHAN)
- tidak percaya pada kebolehan sendiri
- suka dengar nasihat tapi susah nak ikut nasihat
-suka melebihkan orang lain dari diri sendiri
kod asas 3:
(KEKUATAN)
-serba serbi semua boleh
-aktif dan berpandangan jauh
-tahu dan faham apa yang dia nak
-berbakat dalam apa jua bidang yang di pilih
- suka berterus terang
-mudah mengeksperi pandangan terhadap sesuatu
(KELEMAHAN)
- boleh terlalu agresif
-tidak penyabar dan cepat panas baran
- terlalu mengambil mudah sesuatu perkara dan tak tegas
-seorang yang "laser"( kalau tak berhati-hati boleh menyebabkan keretakan dalam hubungan)
kod asas 4:
(KEKUATAN)
- individu yang suka belajar, tekun bekerja
-mampu bersabar dan sentiasa mempunyai perancangan
- berbakat seni dan selalu berjaya dalam peperiksaan
-seorang yang boleh dipercayai
-mudah menyesuaikan diri dengan masyarakat
-mudah simpati dan berkarisma
- peramah dan suka mengembara
- kehidupan yang selalu ceria
- mudah bangkit dari sesuatu kegagalan
(KELEMAHAN)
-tidak suka meluahkan perasaan tak puas hati pada pasangan
-suka simpan sendiri
-terlalu menitik beratkan perkara-perkara yang remeh temeh
-perlu berhati-hati dalam perhubungan dan perkahwinan
-tak suka ambil kira pandangan orang lain
kod asas 5:
(KEKUATAN)
-natural born as a leader
-berani amik risiko
-suka mencuba perkara yang baru
-berkarisma dan boleh memimpin
- biasa nya pegang jawatan tinggi
- sangat rajin dan fokus utk capai kejayaan
- realistik, tegas, munasabah dan tidak suka berangan-angan
(KELEMAHAN)
- tidak suka di kongkong
-cerewet dalam isu-isu remeh
- degil
-jarang relaks
-kurang teliti dalam membuat sesuatu kerja
kod asas 6:
(KEKUATAN)
- rajin
- mengawal harta dan mewakili kesenangan
- sopan santun
- memiliki citarasa tinggi
- pentingkan keadilan
-berjaya dalam karier spt pendidikan, kerja seni dan keagamaan
- mudah popular
- suka amik berat tentang orang bawahan
- pendamai
(KELEMAHAN)
- suka berbangga
- tidak akan ambil kerja dengan mudah
- suka mengarah
-degil ( susah terima pandangan orang lain)
-melakukan kerja sebab kepentingan sendiri
kod asas 7:
(KEKUATAN)
- sangat berkemahiran
-teliti dalam membuat sesuatu
- tidak mudah lupa jasa orang yang menolongnya
- penuh dengan ghairah dan cinta
- suka berfikir
- sukakan kedamaian dan ketenangan
- berkebolehan dam putar belit ayat
- ada daya tarikan tinggi
- suka kejar masyhur dan tuah
(KELEMAHAN)
-suka argue
- ada pemikiran yang berubah-ubah
- pendirian tak tetap
- bukan seorang yang tegas
- sangat suka berahsia
-orang anggap anda sebagai seorang yang tak ada perasaan ( susah jalinkan hubungan)
-boleh bertindak kejam kalo ada dalam mood yang salah
Kod asas 8:
(KEKUATAN)
-seorang yang aktif di kalangan rakan-rakan
- cepat famous
- sangat pendiam, konservatif dan pasif
- bertanggungjawab
- boleh dipercayai
-problem solver
- tidak akan mempermainkan orang
(KELEMAHAN)
- perlu pintar dalam membuat sesuatu
- luar nampak kuat tapi hakikatnya dalam hati ada taman
- sangat berhati-hati sehingga kadang-kadang terlepas sesuatu peluang
- sentiasa tercari-cari untuk sibukkan diri tapi hakikatnya tak tahu apa yang di cari
(suka buang masa)
kod asas 9:
(KEKUATAN)
-sangat optimistik dan berfikiran terbuka
- suka nampak cantik
-sangat beradab
-pintar, peka dan sensitif
- pandai amik hati
- ada daya tarikan
- suka berkawan
(KELEMAHAN)
- tidak ambil berat orang bawahan
- emosional
- ada personaliti yang berubah-ubah
- mudah putus asa apabila ada halangan
take note: No 3,6 and 9 adalah no.kekayaan which is..kemungkinan satu hari nanti anda boleh bergelar JUTAWAN ( ok, cepat jadi BFF aku)
so, tu je la yang aku nak kongsi buat masa ni..next time kongsi lain pulak.ingat, ni sebagai panduan je..jangan percaya bulat-bulat.so, yang mana yang kurang kita perbaiki.yang mana agak-agak ada dalam diri kita tapi sebenarnya kita tak tahu..try cari. wah...kalah dr.fadilah kamsah gitu kalau i cakap.bahaha..ok.fine.tak lawak =P
tu je.ok bai.
No comments:
Post a Comment