Tuesday, May 24, 2011

lelaki..lelaki...kenapa lah dengan anda?

salam~


tengah syok-syok makan kuetiaw sambil usha page BAIKPUNYER..tetiba mata aku nak terjojol tengok ada satu gambar print screen yang aku sendiri tak caya!perh.muka baik gila tapi rupa nya gila sex??ha...betul~ yang paling tak boleh blah dia ni dah la UITM ( malu betul i taw T__T ) and mostly blogger yang agak femes gak ( tapi aku pun baru kenal dia.bahahaha) tu la orang kata.."don't judge a book by its cover.but judge it through its inner." aku ni bukan lah anti gila dengan laki.just certain-certain perangai laki yang buat aku..."Omjayy~~HAAAAAA ( sambil tangan di bahu, mata di atas macam shuib sepah) 


1. Lelaki poyo
sape suka lelaki poyo?bajet bagus?over terlamps??metrosexual maybe??ha...ce angkat tangan!kalau ada tu mesti yang suka jenis lelaki yang nampak cool je.tapi sebenarnya aku cukup tak suka betul dengan laki macam ni.mana taknya..bagi aku lelaki yang poyo ni jenis yang suka menunjuk-nunjuk. konon dia lah yang paling the best!paling pandai!paling kaya! paling yang tak boleh blah!


contoh:
ali:  i ada belakberry. kalau pape BBM i je k. 
piah: ohokay..ohokay.kalau pakai henpon 3310i ni agak-agak lepas tak?
ali: puih~tu henpon dah lama kot.orang sekarang pakai ipong, belakberry, ipad kotex!
piah: wahhh~lelaki gadget sungguh anda ( mata di atas.tangan di bahu)


dah tu.nak plak tunjuk kat FB gambar kereta dia yang macam..*lihat lah dunia!!kete ku yang dasat...buatan Malaysia* muke bajet bangga* der..kalau setakat kereta local tak yah la nak bangga sangat sampai buat 1 album pasal kereta je!kalau caldina ke, mazda, skyline ke, ferrari ke..bole la gua terjojol mata macam ni----->* keretamu sungguh KACAK*

2. lelaki gila sex
well..well..macam yang aku cakap masa awal-awal tadi..muka innocent gila tapi ayat serupa lelaki gila sex!memang lah aku mengaku kadang pompuan pun salah jugak.yang pergi pakai sexy mexy sampai idung lelaki berdarah buat apa.tapi yang lelaki pun tak payah lah nak desperate sangat macam .... * i need a girl to ride..ride..ooo.sob2* aku malas nak tunjuk print screen yang girl tu attach kat page dia..bio le deme ( biar lah dorang.kata orang perak) ada jugak tu...memang la tak nampak macam gila sex tapi kalau bermesej tu siap guna ayat-ayat imaginasi+fantasi.macam konon dia ada dengan kita sekarang and apa yang dia tulis kat mesej tu, kononnya tu yang dia tengah buat..got what i mean?


contoh:( dalam mesej)


mat: u tengah buat apa?
senah: i tengah korek idung!
mat: wah..best nye..i tengah kiss dahi u sekarang ni.
senah: gilo pe?i sekarang kat jb kot.u kat penang!
mat: alooo..bayang kan je la..
senah:* erkk?apa masalah ko der?*
 mesej biasa-biasa dah la.tak payah nak tunjuk ko ni memang caring, loving, pe kejadah nya!grrrrrrr~


3. Lelaki hipokrit
hipokrit?korang tau pe maksud hipokrit?meh aku cita.hipokrit ni maksudnya orang yang berpura-pura naif, baik tapi perangai sebenarnya memang macam haram J!ha...korang ingat pompuan je yang banyak macam tu?laki pun sebenarnya lagi banyak wooo~


contoh: (dalam mesej)


tipah: awak..awak buat pe tu?
ali: saya baru abis solat la wak..
tipah: ha?solat pe pukul 12 tengah hari ni??
ali: solat zohor!
tipah: .........


biasa lah kan..masa awal-awal kenal punya lah baik macam malaikat.nasihat tung tang tung tang pasal agama..tapi lama-lama kenal.rupa nya perangai..nauzubillah!bio benor ni laki ini yang aku kenal?OMJAYYY~ nak kata level kesyaitanan dia tu.tak payah cita lah..kalau di maki-maki tu masih boleh di terima lagi.tapi kalau tahap dah di sepak terajang tu memang kirim salam arwah je la..kalau masa bercinta boleh di jauhi lagi.ni kalau dah status suami isteri tak ke lagi parah?


4. lelaki pemilih
yang ni memang aku rasa nak sepuk je sorang-sorang.sakit ati woo kalau jumpa lelaki yang pemilih gila ni. bayangkan kalau muka yang tak boleh belah tapi awek nak yang tip top aje. abis orang-orang yang sememeh macam kita ni mana nak letak pakcik??sedih tau. ada pulak tu yang jenis nak gadis-gadis yang sopan santun.cakap pun lembut je sampai orang yang dengar pun pikir.." dia ni cakap dalam kelambu ke pe?" memang la girl macam ni memang nampak bagus nya sebab bukan senang sekarang dapat girl yang ala- ala pompuan melayu terakhir ni.tapi sorry to say..girl yang lembut luaran nya tak semestinya dalaman dia pun lembut!kadang depan kita je baik tapi kat belakang.we also don't know rite?so, terima lah yang seada nya je pakcik.kalau ada yang tak berkenan tu cuba ubah supaya jadi lebih baik!bukan di buang macam tu je.kan?kan?


5. lelaki yang statik
lelaki yang statik ni maksud aku bukan dia ni tak reti nak bergerak.berdiri macam patung je.no-no-no my dear.tapi maksud aku laki yang tak nak berubah untuk jadi yang lebih baik.contoh dari segi taraf hidup ke, pendidikan ke, gaya hidup ke..what ever la.yang apa pun semua tak boleh!tak boleh!macam dia stuck kat dalam dunia dia je..tak boleh gerak mana-mana.kalau dia ubah sikit.dia dosa!ha..lebih kurang macam tu la..penat woo kalau ada suami or bf macam ni.senang serita degil and tak nak terima pendapat orang langsung!memang rasa macam nak hentak batu je kat kepala dia.stress~ 

so, itu sahaja ye murid-murid pelajaran kita hari ini.besok lusa sambung gosip lagi.huauahuah...to guys..please..memang la kitorang girls ni boleh terima apa lelaki seadanya tapi kalau ada lelaki yang macam kat atas ni..don't think so..


tu je.ok bai

4 comments:

HaNa Hani said...

paling nyampah laki poyo ahh..
besepah dlm fb
"alah...takat bb tuh ape sgt der...aku skrg pakai IPAD! best der!"
aahh..bapak poyo..tuhan trik blek rezeki bru thu!

Bercakapdengankaki (BDK) said...

taw xpe!dok blagak dengan barang2 dia.24/7 dok hapdet pasal hp cnggih dia.huhuh..bkn dengki tapi fed up kot

farah wahedda said...

peeerhhhh farah pon benci lelaki yg poyo tahap gaban ni

Bercakapdengankaki (BDK) said...

taw xpe.ok!jom wat kelab kat fb "kami benci lelaki poyo"bahahah