Monday, May 16, 2011

bukan senang nak mengajar orang yang bernama pelajar

salam~
just nak buat simple entri untuk sesape yang mengajar budak-budak ke...mak budak ke..bapak budak ke.."SELAMAT HARI GURU". sebenarnya bukan senang nak jadi cikgu ni.banyak wooo cabarannya...salah satu cabarannya..macam aku.masalah nak communicate dengan student sebab mostly dorang ni bangsa asing!bukannya aku mengajar makhluk asing ye.no-no-no.  *saje letak.comei giler.grrr* bukan apa.banyak sangat communication error..kadang rasa nak cakap je dengan dorang....* what the hacked are you talking abouttttt???* tapi memandang kan sebagai seorang guru yang bertauliah+berdedikasi+bertanggungjawab+beretika+berapabanyaknakmerapudaaa aku cuba tenang kan pikiran dan berkomunikasi secara normal.erkk?jap..normal?bygone. tapi sebenarnya ada yang kelakarnya jugak kalau bercakap dengan dorang ni..ye la..mostly student aku ni cina and memang Bahasa Melayu dorang or Bahasa Inggeris dorang macam...ermmmm....aaa....erkkk??? ( malas nak cakap) sebab nya kadang apa yang dorang nak cakap tu tak sampai sebetul-betulnya untuk kita paham.ok.biar aku explain!



situation 1:
location: bilik darjah ( ayat skema )
cikgu: mana encik zul?
murid A: o..dia tgah bleak ( break ) down teacher….( slang cina jinjang )
cikgu: ha?break down???
murid B: dia tgah kua rehat miss
*rupenye dia nak ckp en.zul tgh break T___T*
situation 2: 
location: di mana ade kejadian, d situ la lokasi nye
cikgu: ok, is there any question u want 2 ask?
murid: ha..got2!!lecturer2..i want 2 ask bout this aaahh ( slang cina jinjang )
* 1st time student panggil ngn panggilan lecturer..slalu miss ke, teacher ke, madam ke..x gitu kome?*
situation 3: 
location: ketam ( kelas komputer )
cikgu: ok, please log in as usual ok
murid: teacher2..u problem!!! ( sambil angkat tangn n ckp ngn penuh semangat)
cikgu: ouh no!! pe salahku??!
* rupenye dia ckp dia ade problem dgn komputer dia.haihh~!
situation 4:
location: ketam gak
murid: teacher aaahh, wat is citijencip r? ( nak kate jawa, x gak..cina jinjang giler2 tol)
cikgu: oo..that’s citizenship..kerakyatan.
murid: then, me leh?
cikgu: u are malaysian.
murid: ooo..ok2…sambil taip ngn bunyi keyboard “ketak-ketuk” 
M.A.L.A.Y.S.I.O.…malaysian!ok, done!!
* T_______T teringat cam imuda berlakon dulu…hye my name is Sam.. S.U.E…Sam :) *
kadang2 bile kite baca o kite dgr org lain bercerita, kite rase cm bese je.tapi kalo kite sendiri kat tempat kejadian.konfirm kita sendiri geleng pale and rase nak hentak kat dinding sebab communication error yang cm ni..

but the most interesting part kat kolej aku is.........*testing food time babeyh*


*nyummilicious*
hehehe..memang fun giler..ni baru dessert.belum lagi yang lebih dasat!yang lagi best time production tu..sebab boleh belajar sekali teknik-teknik buat kek :) free of charge pulak tu!bahahha...


muka excited nak pelahap kek 1 Malaysia


keja aku tolong tengok je.perlu kan usaha yang tinggi jugak wooo~~

tadaaaa....dah siap!fruit chiffon cake :)

so...conclusionnya..walaupun kadang tensen dok mengajar student tapi sebenarnya ada jugak memori yang best sebagai cikgu ni :) tapi ingat senang ke nak ajar dorang ni jadik pandai sampai dorang reti buat semua makanan-makanan yang cam best...memang susah wa cakap! bak orang omputih kata..."no pain no gain" ( pe kejadahnya kaitannya pun aku tak tau)

ps: selamat hari guru untuk semua cikgu-cikgu!! and terima kasih pada sume cikgu-cikgu yang dah mengajar saya dari sekolah rendah sampai dah masuk universiti.tapi a big thanks to my very special teacher aka MAK AKU sebab mengajar aku erti kehidupan selama ini.big hug!

tu je.ok bai.


sapa nak jadi model sila angkat kaki??

salam~~


tetiba je kan aku hapdet belog dengan tanya pasal jadi model ni kan?bahahaha.just figure out something from my blogjogging just now.penat dowh!ingat senang ke nak blogjogging.perlukan usaha yang tinggi wooo untuk menklik and menstalk setiap page orang!ha...gitu kan?


btw, aku dapat tau that ada satu online boutique ni sedang mencari model untuk boutique they all.so, sapa yang gojes-gojes kat luar sana yang tak terasa gonjeng macam aku.boleh la join. :) 




tadaaa...ni la nama butik nya. tapi tapi tapi...ada syarat kalau sapa yang nak join ni.jap jap...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
baca sendiri kat S I N I!!

ok bai.



Sunday, May 15, 2011

hidup ini hanya pinjaman

salam~


pagi tadi masa aku tengah syok mimpi-mimpi best tetiba aku dapat mesej dari memba aku, syda fazli..


" bapak pojie dah meninggal dunia"

aku macam takasima jap. setahu aku kawan aku, fauzi hidup bahagia je selama ni.tak ade pulak dia cita bapak dia sakit ke. masuk hospital ke..pe ke..tapi napa tetiba je aku dapat mesej macam ni? dengan masih blur-blur lagi aku terus bukak FB and tengok status dia.memang sah!and ramai kawan-kawan dia pun tak caya mula-mula.ye la..member aku ni sorang yang happy go lucky ( macam aku.ehem2) and bapak dia pun sebelum memang sihat sejahtera je. aku pun terus past the bulk kat member-member lain pasal info ni.then terus pergi rumah dia..ramai yang datang masa tue pon memang terkezut dengan berita mengejut ni sebab bapak dia meninggal masa lepas breakfast pagi tadi kat luar. lepas tu dia mengadu dia penin-penin and terus pengsan and terus meninggal dunia.and since aku pun tak berapa rapat dengan fauzi ni..aku just duduk kat penjuru rumah dia and sedekahkan bacaan yassin. tue je yang mampu aku lakukan. semoga dia pergi dengan tenang dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.aminn.

memang sedih bila aku kenang kan kalau aku kat tempat dia..bapak dia pergi dengan sekelip mata je and dia pun belum ready untuk terima tanggungjawab yang sepenuh nya dalam masa akan datang.tapi sebenarnya kita pun kena redha bahawa hidup ni sebenarnya hanya lah pinjaman sementara je di dunia ni. bila-bila masa je tuhan akan mengambil nyawa kita tak kira sama ada di waktu tido, mandi, duduk or berjalan-jalan kat luar.memang sudah termaktub didalam surah Al jum`ah :-

62:8. Katakanlah: “Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang gaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan”.

maksud nya setiap orang di dunia mesti akan bertemu dengan-Nya jugak tapi kita sendiri tak tahu bila, bagaimana, di mana menda tu akan terjadi. even aku sendiri pun tak tahu bila ajal aku akan tiba. macam mana aku akan bertemu ajal tu sendiri.tapi sememangnya aku masih bersyukur ke hadrat Ilahi sebab Dia masih memberi aku peluang untuk bernafas dan menikmati hidup ini walaupun apa yang terjadi kat aku sebulan lepas buat aku masih trauma lagi untuk bawak kereta. tapi aku menganggap tu sebagai ujian daripada Allah untuk aku lebih mengingati-Nya daripada menganggap tu sebagai bala semata-mata. ujian yang membuatkan aku untuk lebih sedar bahawa: 
1. masih banyak amalan-amalan akhirat yang aku penuhi.
2. menghargai dan menjaga hati orang sekeliling supaya tidak di lukai.
3. membuat lebih amal jariah kepada orang-orang yang masih memerlukan.
4. belajar untuk sentiasa mengingati mati dan jangan bertangguh untuk membuat kebaikan.
5. kesabaran yang tinggi dalam menerima ujian Allah itu sangat penting.

aku masih ingat lagi macam mana keadaan aku masa awal-awal aku terima berita yang akak aku meninggal sebab accident.memang terkejut and tak dapat terima hakikat! bayangkan kalau semalam kita masih bergurau senda dengan dia and hari kita dapat tahu bahawa dia telah meninggalkan kita selama-lamanya. tanpa apa-apa pesanan. dah lah masa tu lagi seminggu aku nak amik final exam.memang rasa down sangat sampai aku rasa lebih baik aku mati dengan dia je. tapi alhamdulilah.semangat tu datang balik masa beberapa hari lagi nak start final and aku berjaya mendapat dekan masa final exam tu. tu baru akak je tu.bukannya bapak atau mak kita yang lebih penting sebab dia yang memberikan kita nyawa and membesarkan kita dari kecil sampai besar.mesti lagi parah.

sebab tu pada sesape yang masih berasa sedih sebab sesuatu..aku just nasihat kan supaya:

1. banyak sedekahkan Al-Fatihah and bacaan yassin kepada sesape yang baru kehilangan supaya rohnya lebih tenang dari kita menangis meratap pemergiannya and buat roh lebih tersiksa.
2. tenangkan pikiran and tarik nafas dalam-dalam.
3. jangan lupa untuk menyembah dan mengadu kepada-Nya sebab hanya Dia yang dapat memberi laluan atau petunjuk bagi menyelesaikan masalah kita.
3. berdamping dengan kawan-kawan yang boleh bagi kita nasihat yang lebih baik dari kawan yang boleh membawa kita ke jalan yang lebih menyesatkan di saat hati tengah berkecamuk. 

ps: aku bukanlah seorang yang alim tapi just nak berkongsi pengalaman yang ada sambil dapat mengingatkan diri sendiri untuk mencari ketenangan yang lebih hakiki.




tu je.ok bai. 

Saturday, May 14, 2011

beza antara orang femes dan orang tak femes

HOnestly, i love 2 read or view other peep’s FB or blog aka STALKING coz i really adore with some famous peeps that always get an attention from others. don't tell me that u guys xpnh stalking ok! (: but at the other side, a full of sympathies for few peeps that really wnt to be famous but unfortunately..they are definitely wasting their time.instead of being criticize, they also being hated by others.poor ‘em :( tak suka betul orang camni. cube korang tengok, yang femes-femes mst yang cam chumel-chumel ala- ala nora danish ke, fajura ke, norish kariman ke…hahaha.. tapi yang tak femes bese yang muka x semenggah cam…erm…erkkk…aaahhh…aku ker!huh..pasrah je T___T jap, biar aku list kan pe beza dorang ni.
1. FB status
orang femes: letak status “ABCDEFG” or “morning” je… —-> 15 people like this
orang tak femes: letak madah or kata- kata pujangga pe kejadahnye yg super best….——> You like this ( diri sendiri )
2. dress up
orang femes : pakai baju lusuh or colorful gile bab1 pon orang kate…”walaweyh, stylo gle..vintage r dress up u” ataupong ” awww, comei nyer u tipah..admirer btol.nak tiru~~”
orang tak femes: pakai baju lusuh or colorful nak mampos orang kate…” ko buang tebiat ke?dah r muke cam hampeh!” ataupong ” dah r..xyah beria melampo-lampo..huduh tu wat cara huduh”
3. Blog
orang femes: jarang update and tulis pon orang xpaham pe ( sbb bersastera sangat) orang kate… ” u are my sifu. akan ku ceritakan tentang kehebatan ko pada anak2 dan cucu cicit ku.i lap u la” pastu follower sampai ———> 6573210191733 followers
orang tak femes: tulis berdegang-degang siap gambar pon cun melecun..hapdet tiap-tiap ari sampai juling mata. try tgk follower dia pulak ———-> 23 followers
4. camwhoring
orang femes: muka baru bgn tido pon orang kata chumel. tu belom lg gmbo korek hidung ke pe..perh! saluteee~
orang tak femes: letak muka abis comei pon orang tak nak tengok.kalo boleh sampai nak block je dia dari fb.kahsihan~~~ =.=’
5. buat baik
orang femes: even bagi 1 tin jacob cream cracker pon 1 malaysia boleh taw. konon si pulan ni baik ati gler la, idola negara la. pe la. kalau boleh hebahkan smpai 2, 3 bulan pon orang tak kisah.
orang tak femes: siap tungkus lumus bina umah utk orang lain pon orang tak heran sgt. kalau orang puji pon stakat seminggu je pastu dah..sonyap jo.
6.komen 
orang femes: bagi komen yang giler pedas cam cili api pon orang leh siap puji lg.” dia mmg ade style.aku suke pendirian dia”
orang tak femes: bagi komen yang cam pedas suam2 kuku pon orang dok kutuk kaw2 sampai kalo bole nak pulau kan sampai bebila pon..tiap-tiap ari kene gossip lak tu…soksek…”cik kiah 2 dah r muke huduh, perangai pon huduh gak” sokseksoksek
so, mulai skg belajar lah market diri utk jadik yang d sayangi.sekian. memang tak de kaitan ngn sesape pon.sje je…hahaha..

ps: copy and paste dari tumblr aku je.bahahah
ok.bai

orang brunei suara marvellous!

salam~


aku teruja sangat-sangat dengar suara dorang ni!they have beautiful voice!dengar bape ribu kali pon tak bosan seyh!dah la pakai tudung.suara sedap.perh!gerek seeeeyyy~hehehe.. aku just buat simple conclusion yang orang brunei ni memang suara mabeles gilerk der.fuh!





peberet aku nih!husky and mantop wooo~ suara dia!





minah ni reply lagu I Stalk your profile from Jazz Hayat!hahahah.cooolll dowh!

2 je.ok bai.

Friday, May 13, 2011

saya nak couple dengan artis you-tube!!

salam~


fuh~atlast..boleh jugak aku bukak belog lepas dah tak boleh bukak 2,3 ari ni.. wendu nak mensarut kat belog ni!muah..muah...muaaaaahhhh!hehehe..dah penat nak stalk belog orang je.haih~pastu tengok you-tube carik lagu-lagu yang macam haram J nak dengar.pastu bosan tengok maharajalawak pastu gelak guling-guling macam panda pastu three.dah! masa aku tengok you-tube tu banyak kot artis-artis you-tube yang aku macam..erk??sapa mamat ni?viewers dah 10209237303 orang tapi asal aku baru tau? pathetic me T___T yang tak boleh blah nya..bila dengar lagu dorang rasa macam ni...
 
*napa mesti ada lagu macam ni.tak dapat terima kenyataan langsung*

terus jadik
!
!
!
!
!
* sumpah best artis ni.i nak kapel ngan u pleasee~*

betul...tak tipu..memang masa awal-awal dengar memang rasa macam nak baling kasut je.ye la..dah la bahasa rojak.lirik pun.hek'eleh..adek jiran aku yang umur 2 tahun pun boleh buat! tapi bila dah selalu dengar.....sampai nak tido pun dok nyanyi lagu tu je =.=' demmmm~~

better korang dengar dulu lagu 2 orang mamat ni..kalau tak suka aku nak pergi bunuh diri kat KB Mall!* ok .tipu* 





mamat ni boleh geng dengar kembar aku, Rebecca Black.why?dengar dulu.





i stalk your profile toooo~~bahahaha...

nak layan lagu dorang ni untuk kali ke 20039033820 jap.

ok.bai.

Wednesday, May 11, 2011

jangan mudah ucapkan kata PUTUS

salam~~


lama gila saya tak hapdet belog ni.rasa cam dah 1912828383 tahun tak involve dunia belog.muahahaha..selama 1912828383 tahun ni jugak la banyak betul problem nak kena settle.and paling lattest is..saya tetiba jadi doctor love for my friendSSS..not A friend hokay..sume problem dorang datang tetibe sedebuk sama time plak T___T 
chupp..pasan tak saya tukar kan 'aku' ke 'saya'? rasa macam polite sikit kan *gelak sopan*


back to the topic..


pernah tak korang sebelum ni couple and bila gaduh je selalu cakap..."susah sangat..kita clash je la." pernah?pernah?ngaku je la...honestly saya pun pernah cakap macam tue kalau setiap kali gaduh.bahahahaha..motif??sebab~~:


1. nak perhatian
biasa lah...mostly girls akan cakap macam ni sebab konon nak perhatian lebih la..ye la...kalau tiap kali gaduh tu..time tu la nak uji tahap kesetiaan si boyfriend!( kononnya la..) so, bila dah start merajuk and setiap ayat pun tak jalan..so, the best time is begin!masa untuk mengugut!ha..time tu konfirm si boyfriend akan kelam kelibut and try pujuk balik lelok..merayu bagai nak rak..apa lagi..si girlfriend yang jual mahal ni pun dah start cair and konfirm yang bf dia ni betul-betul sayang and berbaik balik~~...


2. tak yakin dengan hubungan 
yang ni biasanya orang yang pernah ada bad history sebelum ni and tak rasa konfident dengan hubungan yang baru.setiap kali buat salah je..mesti automatik korang akan teringat pengalaman lama and dan dan korang akan rasa takut and terus mintak putus.ye la...konon konon tak nak pisang berbuah dua, tiga ribu kali la..tapi biasanya dalam situasi ni mesti salah seorang akan beralah and start knofident kan balik pasangan dia rite?dah nama pun sayang..mesti lah kena support each other.kalau tak, baik tak payah couple!betul betul?


3. orang ketiga
ha...kalau motif pasal ni eden pun no komen la..sebab kalau dia cakap nak mintak putus means memang dia tahap serious shit nak clash jugak!kalau boleh dah tak nak toleh toleh lagi kat belakang.ye la..buat ape nak toleh kat belakang kalau yang kat depan dah ada yang tunggu.betul betul?


tapi kan..bila pikir balik?korang suka ke kalau pasangan korang asyik cakap nak mintak clash je?mesti la lama-lama korang pun tensen and the best decision is..."ko nak sangat putus..ha..hamik ko!bye forever" ha..masa tu la jugak korang akan frust menonggeng akibat kegedikan dan keringanan mulut korang yang suka sangat cakap ayat puaka tu...padan la muka.........aku :'(


sebenarnya even kita dah kahwin pun kita di larang keluarkan perkataan negatif macam tu kan..especially kat kaum hawa yang penuh emosi dahsyat gitu...memang tak boleh langsung lepas cakap dengan suami untuk mintak cerai..sebab tu la kuasa tu letak pada tangan suami 100%...ada satu cite yang makcik aku pernah story..ada satu pasangan suami isteri ni keje dia gaduh~~ je..dari diorang couple sampai la dorang kahwin!si isteri ni memang jenis manja.tak boleh di tegur sikit..mesti tarik muka masam and ending akan cakap.."kita clash!" bila si suami tak pujuk lagi la mengamuk si isteri ni.pulak tu bila cakap selalu asyik main lepas je..sampai kan sesi halau menghalau pun ada gak.walaupun sebenarnye dia memang tak ada niat nak cakap semua tu..tapi apa nak buat kan..orang kalau dah marah memang susah nak kawal emosi!


tapi si suami tetap sabar je dengan si isteri and tiap kali dorang dah berbaik and mintak maap..si suami mesti akan nasihat kat si isteri supaya jaga bahasa and pesan.."setiap pertuturan yang awak keluarkan tu mungkin malaikat lalu and terdengar apa yang awak cakap.and dia akan kabulkan ape yang awak mintak sebab tue di kira doa." 


masa mula-mula memang la si isteri ingat nasihat suami dia..tapi lama-lama tu..dia pun lupa and macam biasa..tiap kali gaduh ringan je mulut nak mintak cerai and kali ni siap cakap lagi.."saya dah tak nak tengok muka awak dah lepas ni!" and dengan kuasa tuhan..ari tue sepatutnya si suami yang patut balik umah lepas keja pukul 6..tak sampai-sampai jugak umah sampai ke malam.si isteri yang dah mula cuak..kol kawan-kawan si suami and semua orang tak angkat..rupa-rupanya masa ari dorang gaduh tu.si suami terlibat dengan excident and meninggal kat tempat kejadian. bayang kan betapa sedih and menyesalnya si isteri..hanya tuhan je yang tau.


so, moral of the story is..aku nasihatkan diri aku and yang kat luar sana..walaupun kita bercinta or dah kahwin jangan mudah ucapkan kata PUTUS tu sebab setiap apa yang terpacul kat mulut kita ni masih di kira sebagai doa and bak kata pepatah..."terlajak perahu boleh di undur..terlajak kata..dah tak boleh buat pape dah" betul betul?


ok.bai.