Saturday, June 4, 2011

kesian gambit saifullah kena baling tahi dengan peminat

salam~


minggu ni banyak betul lah hal nak aku setel kan.penat betul.asyik travelling je keja nya. nak kata keja aku jadi traveller tak jugak tapi potensi untuk khatamkan highway dari IPH-KUL tu kira memang no hal la.huhu..di sebabkan aku dah rasa macam dah berzaman tak tahu hal dunia. so, agak tak  tau lah apa yang terbaru.banyak gila kot aku tak sempat nak hapdet!pasal Putera William and Kate bercerai, pasal Hookwinked Too:Good vs Evil 
Premiere Screenings, and kali ni pasal Gambit Saifullah!


wow~ pelakon yang hensem and baru nak meningkat naik kali ni bikin meningkat
lagi tinggi melambung pasal kes yang terbaru dan terkini. sampaikan ada yang
tak kenal dia pun boleh TERkenal.betapa hebat aura dia sekarang ni. aku pun
start kenal dia pun masa dorang dok bising pasal ada retis yang hensem gila dalam 
drama apa ntah. so, aku pun start la check it out kat mr.google sapa lah mamat
nama gambit ni.macam dasat gila.sampaikan ada website dia sendiri wooo~
http://www.gambitsaifullah.com/bio/ memang aku salute la dengan dia,bukan semua artis
ada website sendiri pun..ada pun setakat website facebook dengan twitter je :P
ce korang try check ada Lisa Surihani ke,Rosyam Noor ke,Nasir Bilal Khan ke.. 
or sape- sape yang artis fofular kat Malaysia ni.ada website sendiri? nan hado pong~
( tangan di bahu, mata di atas)   


tapi di sebabkan aku peminat setia Beautifulnara, tengok-tengok nama dia 
terus femes lagi. tup-tup tengok ada satu video clip yang giler best by
Prema Yin tajuk Marilah.producer dia Gambit sendiri and pelakon dalam
VC tu Shah Jasle.



tak ada menda pun pasal vc ni.korang dengar lah lirik dia.tak ada menda pun.cuba korang baca dekat sini! ha..mesti korang rasa memang related sangat kan dengan vc ni kan?kan?( tangan di bahu, mata di atas)macam Gambit cakap..


"Saya tidak rasa ia menjadi kontroversi kerana saya hanya menampilkan adegan pasangan suami isteri yang sudah kehilangan cinta dan mempunyai ego masing-masing.

"Saya rasa ia tidaklah terlalu teruk, mungkin ia menjadi kontroversi disebabkan saya dan Shahz Jaszle terlibat dalam klip video ini,"


ada lagi dia cakap...

"Memanglah kalau boleh saya ingin ia turut diterima oleh peminat hiburan tanah air. Tapi kalau ia tidak diluluskan, saya tidak ada bantahan kerana hasrat utama menghantarkannya ke Amerika Syarikat," katanya.

"Kenapa orang ingin mempertikaikan klip video ini sedangkan filem ...Dalam Botol yang jelas memaparkan hubungan songsang dan terdapat aksi lebih teruk tetapi ia diluluskan.

"Apa salah saya, bagi saya video klip tersebut tiada adegan cium ataupun meraba,"


ha...apa salahnya kan?kan?korang je yang tak open minded!relek la der..dekat Malaysia pun berlambak video macam ni jugak..movie-movie english yang dekat tv pun wajib ada scene macam ni. mung ni tak AMERICA langsung!


tapi disebab kan dekat sini Malaysia. memang silap besar jugak lah kalau dia tetap mempertahankan hujahan dia. tapi walau ada jugak yang mengucap banyak and maki-maki tengok vc ni.tapi korang sanggup jugak tengok sampai abis!tak kisah lah berukband tahap lambat siput vavi ke, buffer berapa lama kena tunggu ke..sanggup jugak nak tunggu!bila dah abis tengok tu.siap pos lagi dekat FB cakap tak guna punya vc ni!dah orang lain pun dok join tengok jugak~ sambung maki-maki.huhuh..


tapi tu suma no hal sangat la bagi aku.tapi sekarang ni heboh pulak dia condem blogger!gulppp~hokay.agak terasa I tau.walaupun bukan blogger femes tapi still a blogger :( walaupun aku tak tau ujung pangkal nye tapi bila tengok blog-blog ni pun dah buat aku rasa..waterpark mayyyyynnnn~~?? tak baik gitu tau~


banyak lagi la yang aku baca..erm...tak tau lah apa nak cakap dengan mamat ni.dia memang talented ( maybe) tapi di sebabkan keegoan dia yang buat orang lagi panas tu yang aku tak dapat terima. even Fasha Sandha yang ratu kontroversi tu pun reti nak mintak maap pasal kes- kes yang boleh menimbulkan kemarahan orang ramai. plus, dia rela berdiam dulu sampai kes nya reda. ni kan pulak la hal Gambit ni.dari kes yang sekecil zarah terus jadi hal sebesar dinosaur! tak ke parah tu der? 

lagipun untuk Gambit, bukan semua blogger tu close minded and tak ada perasaan langsung. even dia fokuskan untuk certain je blogger tapi tak payah lah nak general sangat ayat awak tu nak sound-sound. hope lepas ni mana lah tau kot-kot tetiba dapat hidayah ke..terbuka hatinya nak mintak maap and terus jadi alim macam Bob Lokman or Sham Kamikaze ke satu hari nanti..we never know :) 

ps: sesapa yang nak geram tahap gaban dengan si Gambit ni ada game best untuk lepas geram!tak pun sapa yang tensen dengan bos ke, mak mertua ke, roommate ke..ha...KELIK SINI!
tu je.ok bai.

Thursday, June 2, 2011

rindu nya dengan mr.goblog!

salam~


lama gila aku tak hapdet blog ni.rindu gila~~!!!nyaris-nyaris nak jadi gila pasal tak boleh nak belogjogging, tak boleh nak mensarut dalam belog, tak boleh nak baca gossip-gossip panas ( ada blogger gaduh besar dengan blogger pasal duit!) apa pun tak boleh!!uwaaaa~ *nangis gedik*
tapi nasib baik encik tenet takut aku bertindak lagi rakus..sebab tu dia bagi aku chance nak online dengan bahagianya sambil guling-guling atas katil sambil main angry bird sambil merapu-rapu dalam ni like ada aku kesah ko nak buat apa? ok.fine :P
minggu ni aku banyak betul aktiviti yang aku missed out and ada good news and bad news yang aku nak shared tapi...................................aku lupa!ahaks.thats annoying me!btw, aku just nak buat pengumuman di sini bahawasanya: 


* tahniah kepada abang dan kakak kawan-kawan aku di kedah ( bukan bermakna dorang jadik adik beradik ipar.*no-no-no.ok, aku penin*) abang membe aku, ciyin kahwin 1 hb jun and akak membe aku lagi sorang, paah kahwin 2hb jun. ( sedih tak dapat join sebab budget lari :'( 


* happy belated birthday to my GUMMY BEAR a.k.a peenos!yay~ko dah tua!hahah ( sori, adiah tunggu bulan depan :P )


* aku akan tinggalkan rumahku syurgaku ( bukan maksud aku lari rumah)


* aku akan jarang online lepas ni ( sila jangan ridu aku.heh) 


* im going to pulau sibu!yay~~ (please refer to page 1233) 


* aku terlepas 2 TIKET FREE to Hookwinked Too: Good vs Evil Premiere Screenings
( thanx to the evil psiko internet!ppppffttt...aku pernah cite kat sini dulu tu )

* ramai kawan-kawan aku nak kahwin tahun ni!yay~ ( konpem kopak poket :P )


so, that's all pelajaran kita untuk ari ni..jap lagi kita sambung!


ps: goblok dalam bahasa jawa means bodoh or ayat sopan selenge.sesuai dengan blog aku yang tak boleh nak log in 2, 3 hari ni..sekian.


tu je.ok bai.

Monday, May 30, 2011

Siti Nurhaliza, Jacklyn Victor join Askar Wataniah?

salam~


wah, seronok lah lepas ni pekerja-pekerja dekat kem wataniah ni.semangat je dorang nak pergi kerja sebab dengar kata Dato' Siti nak join askar.ahaha.. dulu Dato' Khairy dah selamat tamat latihan sekarang ganti artis perempuan pula nak join. wah, kelas gitu! berita ini dah di sah kan sendiri oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. 
Dato’ Siti Nurhaliza

yang best nya husband Siti yang macho a.k.a Datuk K tu pun setuju kalau wife dia masuk kem ni.tapi dengan syarat! semua condition Siti okay and kalau dia pregnant, so Siti tidak boleh join la jawabnya. katanya,


"Saya benarkan Siti menyertainya sebab dia bukannya perlu masuk hutan dan menghabiskan masa untuk latihan selama berbulan-bulan seperti askar biasa.


"Sebaliknya dia hanya perlu menjalani latihan pada hujung minggu atau pada waktu lapang dan boleh berulang-alik dari rumah.
“Dalam masa yang sama kalau dia mengandung, mungkin saya tidak membenarkan dia menyertai pasukan itu. Setakat ini dia belum hamil lagi,”
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga menambah kemungkinan Jaclyn dan wartawan TV3 host Maznah Zolkifli akan turut serta. katanya lagi, sesiapa yang menyertai RAW perlu menjalani dan menamatkan latihan 39 jam dalam masa setahun mengikut kelapangan masing-masing sebelum ditauliahkan. 
tapi bagus lah..bagi semangat untuk anak-anak muda yang malu and segan nak join askar ni. tapi kalau latihan yang macam ni senang aku pun rasa nak join sekali!
ps: untunglah jadi artis :)
tu je.ok bai.

Sunday, May 29, 2011

hot gila awek mamat sepah

salam~


saja nak share kat korang malam ni.bukan gosip tapi cerita dongeng!bahaha..awek mamat sepah yang gila hot ni dengar cita student ASWARA. dia ni adik pada rody, gitarist kumpulan kristal. nama dia nurul syuhada. umur tak tahu berapa lak kan. tak tahu betul ke tak tapi aku macam pernah tengok kat cover majalah Mangga kata mamat nak kahwin tahun ni.tak tahu la betul ke tak. just tunggu and tunggu.hehehe.mintak-mintak la dorang ni kekal sampai bila-bila..aminn~~
layan gambar dorang sat.


teman wanita mamat sepah

kekasih mamat sepah

Nur Syuhada seksi teman wanita mamat sepah

kekasih mamat sepah Nur Syuhada adik kepada rody


credit: mygossip

dah lepas ni mamat tak payah nangis terkinja-kinja lagi.tak payah nak tukar jantina lagi dah.bahahaha..



tu je.ok bai.




kalau blogger pelacur famous, blogger pelucah lagi dahsyat

sapa nak tiket free!klik sini






salam~


entry ni bukan nak mensarut-sarut tahap 18 sx ye anak-anak.tak sesuai untuk tontonan 18 tahun ke bawah. so, sila tarik nafas panjang- panjangggggg and try baca dengan keadaan yang tenang dan ceria ^^ masa aku blogjogging tadi ada jugak lah aku perasan ada few bloggers yang dok di cop sebagai BLOGGER PELACUR!wow~ ingatkan dah setel dah mende alah tu rupanya ada jugak yang kena lagi. biasanya yang selalu kena tu untuk blogger pompuan yang selalu tepek gambo dorang kat setiap entri..tak tau lah whether ada yang jeles ke, annoyed ke, or tak dapat terima kenyataan yang awek dorang tak secun macam blogger- blogger tu ke..wa pun talak tau. tapi seingat aku yang pernah di cop gelaran macam ni..erm..Yuyu Zulaikha, Zulaikha Yuyu, kupukupukecik...erm...tu je la yang aku ingat. aku ingat dia pun sebab selalu penuhkan notification aku dengan ping-ping dia. ( mampus dia baca) bahaha..


*sori kecik.pinjam gambar sat*

tapi sebenarnya bukan aku nak membebel pasal siapa blogger pelacur yang terhebat ke apa.just nak share kat korang sorang blogger ni yang aku rasa..hurm..his the real pervert!ingat tak masa aku ada cakap kat entri yang lepas.ce korang review balik kat sini! mula-mula memang malas cita tapi di sebabkan kepoyoan dia aku rasa better yang kat luar pun berhati-hati dengan orang macam ni.kalau mostly banyak blogger yang asyik hentam blogger-blogger pompuan yang innocent je..kenapa tak ada orang nak hentam blogger yang memang serious pelucah?or maybe dah banyak ke orang hentam dia.im not really sure yet.tapi maybe sebab dia ni gila sex kot yang boleh buat ranking dia kat alexa naik mendadak sampai kalahkan blog justkhai!perh...otaiyo di kalah kan tuh~dasak mu abe!LOL.
guys, please don't this at home!

chup..sapa yang belum tengok lagi sapa ranking paling highest untuk alexa? ce korang klik sini! memang abang narong terbaik lah~ 1st ranking tu. huish!best gila abang narong. gaji dia kat BAT campur dengan website dia pun dah RM 10k ++ senang bakal bini dia.tak payah keja.untung la~ hehehe..( iklan semata-mata)

sambung balik..tapi memang kalau sesapa yang ada kontroversi yang macam ni konfirm ranking dorang naik mencacak gila kan?ye la..orang malaysia kan suka gosip panas-panas.kalau tak, takkan abang nara boleh dapat 1st ranking. :) bagus tu bagus la tapi perangai tu jugak kena jaga. tak baik punyer tau buat macam tu. so, sebagai blogger..aku rasa tak patut la ada blogger yang gelar blogger lain suka hati je.dah nama pun blog sendiri untuk merapu sendiri, mensarut sendiri, mengentut sendiri.jangan la ada yang dengki..sebab dorang pun tak cari pasal dengan korang.unless la macam mamat ni.memang lah tak cari gaduh dengan aku.tapi sebagai pompuan yang tak suka di manipulasikan maka aku cuba menegakkan hak wanita dari di buli! ( amacam?gempak tak ayat aku?ngeee~)

ps: jangan pandang pompuan sebelah mata je der.respek tu penting!

tu je.ok bai.


BEN ASHAARI REDAH BLOG BARU JER

Santai Bersama BEN ASHAARI

korang!!bang beng beng bom buat segmen ambush meng"ambush" lagi!cepat!sapa nak join~~ aku just tolong promote je..tak tau macam mana nak join??meh aku ajar.
ok..mula- mula...
  1. letak header ben ashaari blog
    = (tepek gambar abang ben yang 10 km pun boleh nampak kat atas ni.macam aku buat)
  2. Tajuk : BEN ASHAARI REDAH BLOG BARU JER ..dan linkkan ke entri ni ..
    = copy and paste tajuk kat atas ni and letak kat title korang!ha..
  3. Tinggalkan url korang di ruangan entri ni .. tu jer.. senang je kan ?
    = lepas dah siap dah.trus bagi link entri ni kat bang ben!

    ha...macam tu la.senang kan?eh, aku dah TERjoin ke segmen ni :P
    image
    last skali.untuk dapat berkat klik kat sini sekali!KLIK la.
    tu je.ok bai.

kenapa guna nama blog tu by MTT


salam~

hari ini macam- macam idea merapu dalam belog ni tapi relek dulu.. join segmen cik MTT dulu sambil lepak minum fuzeemilo yang sedap ni. segmen dia pasal...'KENAPA GUNA NAMA BLOG TU?" memang sesuai sangat lah segmen ni lepas aku kena soklan yang bertubi-tubi dari reader digest  yang jenguk kat blog aku ni. well..well..well..
aku pun tak tau sebenarnya napa aku guna nama BERCAKAP DENGAN KAKI!hahahah..ada yang cakap."euwww~digustingnyewww" ( whateva!) tak ada pe pun yang pelik sebenarnya. kadang kalau kita malas nak dengar orang membebel kita akan cakap. "TTM ( talk to hand)" kalau agak-agak nak bangga poyo malboros cikit mesti kita cakap "STL ( see the leg) laaa" tapi aku plak.disebab kan dah malas nak cakap dengan tangan and saja nak bangga sebab ada blog.tu yang aku bagi nama "BERCAKAP DENGAN KAKI" ( rekaan semata-mata)
disebabkan aku tak ada nama yang gila comel macam yang lain sebab tu la aku letak nama ni. tetiba idea terbocor kat otak aku ni.hahah.
tapi ada jugak reader yang elaborate sendiri maksud tu and yeah.thanx to her sebab tolong explainkan maksud blog aku ni.hahaha..
thanx yaw ^^

tu je.ok bai.


Saturday, May 28, 2011

kasihannya aku..BE pun tak tahu apa benda tu

salam~


sedih gila aku ni..dah lah rabun IT.nak guna blog pun dok terkial-kial lagi.asyik refer kat blog tutorial je..mesti happy tauke tanah blog tu sebab aku asyik klik je blog dia.bahahaha. dah la tu. sebab excited sangat dengar nuffnang boleh bagi gaji dengan best nya. pulun nak daftar jugak la dengan nuff nuff ni.. ( chup..korang tau tak dalam French nafnaf maksudnya piggie aka pig.ok, tu je :P) harapkan dapat la earn sekupang ke, dua kupang ke..kira dah bersyukur gila! ( ok, aku tipu.) 


tapi bila tengok orang dok cerita pasal meter earning, buffered earning, pekejadah lagi earning. aku pon dok kalut nak jugak ni.tanya sana sini istilah- istilah tu.dorang pun punya la cita pung pang pung pang.tapi.....tak paham gak :P lepas tu cik kupu-kupu kecik ada advice suruh hapdet biodata selalu and kena rajin tanya nufnuf. "weh, bila ko nak bagi BE kat aku? dah kempunan gilo ni!" ( sila jangan tiru ayat ini di rumah) 


and walau pun dah beribu kali sampai muntah darah aku dok hapdet punya hapdet baru lah aku sedar lepas dah kena langgar dengan pakcik jual eskrem..rupa-rupanya aku dah lama daaa dapat BE ni.bahahaha.. aku je yang tak tahu. *yeah, pity me :( rupanya cik memang dah murah hati bagi aku masa awal-awal blogging dulu. bukan setakat 1, 2 je..tapi 4!!!! weh~ ok, dah start jakun gila! rasa nak guling-guling je kat gunung everest tu sebab dapat BE! tapi tu pun dah 2 bulan lepas dapat baru tahu apa tu fungsi BE * why nowww???*  nasib baik ada encik IR (iniridzwan) yang bagi petunjuk suruh refer kat pendekarkudakularigagahberani punya belog. kira lepas ni tak ada lah aku macam heran lagi bila la aku nak dapat BE walaupon sebenarnya aku pun tak tau apa punca orang kemaruk benda alah ni dulu. tapi sekarang aku dah tau daah..( gaya eksen gila) hahaha.*gelak keji*
nak peghak aka jakun jap tunjuk BE.

tu je.ok bai.



Friday, May 27, 2011

siapa nak tengok movie free?

salam~


di sebabkan kesedihan aku dah di cover balik oleh angel- angel blogger dan kawan-kawan aku.maka nya aku nak belanja korang tengok movie!yay~~ * don't thank me*

di sebabkan aku pun tengah bosan sekarang.so...aku blanje korang tengok sekarang jugak la.malas nak tunggu esok! kita marathon movie nak? ok.first, cita Kongsi!sapa belum tengok?? jom..jom ^^ 



next.. 




last..




ok!jom layan sekarang! WAJIB abiskan tengok.penat aku belanja ni. ^^


tu je.ok bai.


saya di hentam teruk sebab bertudung :'(

salam~


sejak dari awal sampai la sekarang aku bertudung.ada je yang tak puas hati dengan aku.tak tau kenapa.sedih bila pikir balik.teruk sangat ke aku bertudung ni?aku amik langkah yang salah ke? tapi napa ada je orang suka?? :'( hati semua orang kita tak boleh jangka kan? tak pa la..kalau la macam ni teruk aku kena.aku pasrah je la bawak diri ke...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
bilik!tido lagi best!

" RM masih memberikan pose istimewa walaupun di katakan memakai pashmina yang sebesar gebor a.k.a selimut"- harian metro

sebenarnya tak ada la kena hentam teruk sangat.just aku asyik kena perli or kena kondem sebab style tudung yang aku pakai, jenis shawl yang aku pakai, semua yang berkaitan dengan tudung la! nak buat macam mano jang. eden memang suka try and error sesuatu fesyen tu. kadang nampak pelik. kadang nampak cantik.kira ok la tu sebab atleast kita ada la rasa macam semangat nak tutup aurat kan? honestly aku cakap.aku start tertarik nak pakai tudung  bila start ada macam-macam jenis tudung yang hado !pastu dengan cara-cara pakai tudung yang macam...WOOW~ naiiisss seyh! siap ada gaya macam nak tercekik leher, gaya tudung tak siap pakai, gaya kuak bebas. * ok.tak ade kaitan*

" pelik gila ke style macam ni?" - RM, surat khabar harakah


tapi sebenarnya tu la yang buat lagi ramai sekarang tertarik nak pakai tudung kan?lagi-lagi geng-geng retis yang dah berlumba- lumba nak tutup aurat! korang tak suka ke tengok?kan?kan? memang la kadang tu orang pakai tudung sebab nak bergaya or ikut trend terkini je..sampaikan ada yang pakai tudung.tapi baju jarang.pakai tudung tapi baju lengan pendek.pakai tudung tapi pakai seluar ketat giler. bagi aku..kalau kita betul suko tengok orang dah nak berubah.try la nasihat dia cara baik.bukan main hentam je.agak-agak nampak yang tak patut macam...macam....macam-macam lah..tegur lelok!ha..kan lega sikit dengar.

"ni bukan gambar ic saya"- na nyang siang pau

kalau dorang dah ada intention nak berubah tu, tak kira sebab nak ikut fesyen sekarang ke pe ke. atleast dorang memang dah ada minat untuk menutup aurat.just perubahan yang lebih baik tu memang amik masa lama sikit la der.takkan la orang yang tetiba pakai hot pants ko nak suruh pakai purdah terus!just take it..slowww...sloowwww~ ...really sellooowww hokay ^^

so, bagi aku style hana tajima ke, yuna ke, maria elena ke, becca ke..terpulang pada sapa yang lain nak ikut. jangan lah di hina teruk sangat and di samakan dengan orang yang berbogel.pilu dengar weh~!! bagi aku style tudung tu tak jadi menda hal besar sangat kalau di bandingkan dengan orang islam yang pakai sleeveless or skirt pendek.napa dorang tak di hentam teruk pulak? 

ps: jangan suka cari salah orang saja ye kawan-kawan. try tengok kebaikan dia pulak.sure lagi banyak ^^ renung-renungkan dan selamat beramal.

tu je.ok bai




Thursday, May 26, 2011

Tips Menghilangkan Penyakit Busuk Hati

salaammm~~


syok gila malam tadi mimpi indah.. semalam aku mimpi naik felali dengan Lisa Surihani kot. tak tau napa mimpi macam tu pulak semalam -_____-" kalau mimpi Jehan Miskin tu best la jugak.hukhuk.sodeyh betul. tapi sila abaikan apa yang aku membebel ni. kembali menjadi alim semula ye anak-anak..hari ini cikgu akan bagi tips untuk menyihatkan penyakit hati untuk orang-orang yang busuk ye. macam biasa lah..kadang kalau kita tengah happy- happy dengan life tetiba ada pulak yang dengki! kalau dengki nampak tak apa.ni kalau ada dengki yang tak nampak pulak.ha..sudah~ tak dapat eden nak tolong. tapi entri ni jugak untuk cik anon- anon yang tersayang yaw ^^ sila banyakkan mandi bunga bagi wangi yo :) tips ni pun aku grab kat fanpage Farith Ismeth.ala, pembaca berita tv1 yang macho lagi bergaya walaupun dah evergreen. *hai.im farid bond*



1. Kurangkan bercakap
ok.sila terasa bagi sapa yang banyak mulut ( macam aku) lepas ni sapa yang banyak cakap hanya di benarkan menggunakan bahasa isyarat saja.sekian. * bunyi angin je* ok. serious aku tak boleh nak jadi pendiam. im sori :( sebenarnya kurang bercakap yang di maksudkan is.. cakap benda yang penting and perlu saja.kadang kalau kita start pot pet pot pet ni mula la tersimpang ke gosip ke, mulut ter"laser" ke pape la..tu yang jadikan hati kita jadi lagi lama lagi keras. (betulll~~) 



2. Jaga Emosi dan Nafsu
yes! aku setuju bab ni sebab aku pun kadang-kadang memang beremosi gak. ye la..kadang bengang dengan orang-orang yang poyo and suka menunjuk-nunjuk.bukan nak kata..tapi...memang aku dengki la!bahahaha. * gelak keji* ( tetiba teringat kat entri akakkk~ ni ) tapi sendiri kena amik inisiatif la..kena selalu practice. cara macam mana nak latih diri untuk kawal emosi kita. contoh: solat, puasa, excercise, kalau rasa marah ke pe...tarik nafas panjang- panjangggggg..............jangan lepas-lepas!

3. Sentiasa ingat Allah SWT
kalau agak- agak terasa jeles dengan kelebihan or nampak orang lain senang. cepat-cepat kita istigfar banyak-banyak and rajin bersolat tak kira solat wajib 5 waktu, solat tahajud, solat dhuha, solat malam, dan lain-lain. Selain itu zikir, doa dan mengaji atau membaca al-Qur'an. sebab hanya Allah yang memberi segala rezeki. daripada kau sakit hati dengan orang lain tu apa kata ko usaha mintak sendiri kat tuhan.lagi tenang, lagi berkat.best tak macam tu? ^^ 

4. Jauhkan dari orang yang ada penyakit yang sama
daripada korang berkawan dengan orang yang penyakit hati busuk, better korang kawan dengan orang yang ada penyakit buah pinggang ke, penyakit kanser ke, penyakit jantung ke. lagi bagus! sebab penyakit hati busuk ni paling bahaya.sebab dia boleh berjangkit wooo~ dorang mesti la tak nak sakit sorang- sorang. kene ajak geng jugak. baru nama nya SEHATI SEJIWA* kau memang kawan terbaik*


ps: di sebabkan aku pun tak sempurna and masih belajar lagi dalam hidup ni..sebab tu aku sentiasa nak ingatkan diri untuk jadi yang lebih baik. and di sebab kan aku memang pedengki.sebab tu aku nak ajak korang sekali amalkan tips ni sekali dengan aku!miahahaha..* gelak keji*

tu je.ok bai.




tidur senyum sampai ke telinga tikus ku!

salam~ 


malam ni nak tido sambil peluk mr.oncet a.k.a teddy bear tersayang ku kuat-kuat sambil senyum sampai ke telinga. happy sangat hari ni sebab ada 2 orang sifu yang aku suka baca blog dorang ni dari awal sampai akhir zaman!aku panggil dorang sifu sebab dorang memang sifu kot! ( ok.jawapan selenge) sebab dorang memang senior dalam dunia blog ni.dah la tu memang famos amos. kalau setakat lepak dengan afdlin shauki ke, cik epal ke, heliza ke, rina salleh ke..anytime beb! siap main tepuk tampar lagi dengan dorang. *ok tipu*


aku happy sebab dalam masa yang sama dua-dua orang master ni murah hati mempromote blog picisan aku yang setakat budak darjah 1- 5 je yang sudi follow :( tu pun lepas dorang kena paksa dengan aku. * choose.follow or spam* rasa kerdil sangat bila aku ada dalam entri dorang :') 

ni blog sifu hasrulhassan

korang WAJIB masuk blog ni and baca setiap entri dia sebab semuanya sangat-sangat berguna hokay~! sumpah tak tipu. cakap je nak tahu pasal apa.perempuan?general knowledge?kelakar?gossip? photoshoot? semua ada dalam ni. kalau dia pelik nama blog aku bercakap dengan kaki.aku pun pelik napa mesti bangku kosong?

 
*bangku dengan kaki kan tak jauh tu.bahahaha*


sifu abang beng beng boom!

yang ni tak payah cita la..semua blogger tau kot.especially yang newbie- newbie. kira ni pujaan hati kot. ada satu blog tadi masa aku belogjogging siap ada kolum khas untuk sifu tercinta.waaahhh~ bestnye abang ben ^^ tapi terima kasih banyak- banyak kat abang ben sebab tolong dorang dalam gerak gempur tadi! aku pun blur-blur nape la tetiba minah blur 
wish congrates kat shoutoutbox..nasib baik tak luruh jantung tetiba ada ramai pulak yang singgah serbu! 

uwaaa~ serius nak nangis!!lepas hingus dah benti baru nak tido.hukhuk.tengs 2 orang sifu blog ni ^^ 

ps: ramai pelik napa aku letak nama bercakap dengan kaki. sebabnya...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
aku pun tak tau.heh

tu je.ok bai.

movie cartoon yang super best!i W.A.N.T!!!!

salam~


korang..nanti kat pawagam ada satu movie yang baru! movie kartun yang macam serious best jalan cita nya.aku memang suka cerita kartun kot! tengok trailer dia pun memang konpem la aku akan pergi tengok.untung-untung kalau dapat tiket free dari  nuffnang. perh!memang the best bro! doa-doa kan aku dapat tiket free ^^

tajuk cerita ni ialah....Hoodwinked Too! Hood VS. Evil 

 

meh aku cita sikit sipnosis dia:

*im red the Leader yaw~!*

" Red the Leader ialah seorang gadis yang di latih dalam satu group yang super misteri yang di nama kan "The Sister of Hood" sedang syok dia menjalani latihan tiba-tiba dia dapat panggilan dari ketua super-secret Happily Ever After Agency, aka the HEA, encik  Nicky Flippers untuk membantu siasatan tentang penculikan dua orang budak yang super innocent, Hansel and Gretel.

*Hansel and Gretel yang kena ikat dalam periuk besar*

dorang ni kena culik oleh seorang ahli sihir yang psiko. so, sekarang ni Red ada misi yang lebih penting iaitu cari dan selamatkan dua orang budak ni.

* sori.gambar dorang lagi.sangat adorable kot!*

dan nasib baik ada super hero yang lain yang datang menolong macam Granny yang sangat dahsyat skill dia. kalah mission impossible punya hero.

*jangan pandang ku sebelah mata*

dan geng HOODWINKED yang lain macam.. Wolf the Clueless dan rakan seperjuangan dia yang selalu over- caffeined, Twitchy. 

* 2-2 pun blur -____-" *
bersama- sama mereka menolong Red untuk menyelesaikan masalah. masa dalam misi tu macam-macam yang mereka hadapi.so, dapatkah mereka menyelamatkan dua orang budak yang innocent tu?sama-sama kita tunggu dan lihat." 



ps: best kan?kan?kan? tak sabar nak tunggu cerita keluar panggung! ok, sapa yang nak belanja aku? * gelak keji*

tu je.ok bai.